Laman Utama

Anak Pinkan Mambo Dakwa Terima Gangguan Seksual Dari Ayah Tiri Sejak Usia 12 Tahun

gempak
Maliah Surip
28/07/2023
14:30 MYT
Sponsor Banner
Anak Pinkan Mambo Dakwa Terima Gangguan Seksual Dari Ayah Tiri Sejak Usia 12 Tahun
Penyanyi Pinkan Mambo sedang menjadi perbicaraan hangat dalam kalangan masyarakat Indonesia selepas anak perempuannya mendedahkan telah mengalami gangguan seksual daripada suami wanita itu.
Michelle Ashley mendedahkan dirinya telah menjadi mangsa gangguan seksual daripada bapa tirinya beberapa kali.
Malah dia mendakwa kejadian buruk itu berlaku beberapa kali dari tahun 2018 sehingga 2021 seawal usianya 12 tahun dengan pengetahuan ibunya
Pendedahan tersebut dibuat sewaktu Michelle menjadi tetamu di saluran YouTube Nadia Alaydrus, seperti dilaporkan media tempatan.
“Ada satu kejadian waktu itu ibu tidak ada di rumah. Saya naik mandi dan hanya memakai tuala masuk ke bilik ibu kerana almari baju berada di dalamnya.
“Tanpa saya sangka ayah ada di dalam bilik dan saya telah melakukan gangguan seksual kepada saya,” cerita remaja tersebut.
Tanpa memperincikan apakah bentuk gangguan seksual yang diterima, Michelle mendakwa telah memaklumkan insiden tersebut kepada Pinkan Mambo.
Namun dia kecewa kerana reaksi yang diterima oleh mantan anggota kumpulan Ratu itu tidak seperti yang diharapkan.
“Ibu hanya mengambil ringan apa yang saya beritahu tanpa membuat sebarang tindakan. Saya sangat kesal,” katanya lagi.
Michelle juga memberitahu dirinya berani mendedahkan perlakuan yang membuka aib keluarganya selepas lelaki yang merupakan suami kedua ibunya itu ditangkap.
“Saya dedahkan ini selepas satu lagi peristiwa (gangguan seksual) terjadi pada Januari 2021. Dan saya fikir itu sudah sangat melampau.
“Jadi saya akhirnya memberitahu ayah. Dia datang dari Bali dan selamatkan saya di Jakarta.
“Kami kemudian membuat laporan polis dan lelaki itu (ayah tiri) sudah berada di balik tirai besi,” dakwanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024