Hiburan

Anak Rahim Sepahtu Syukur SPM 8A, Termenung Tengok Result - “Masa Trial, Matematik Siap Ada E”

gempak
Mya Amri
28/05/2024
06:42 MYT
Sponsor Banner
Anak Rahim Sepahtu Syukur SPM 8A, Termenung Tengok Result - “Masa Trial, Matematik Siap Ada E”
Anak kepada penyampai radio SINAR, Rahim Sepahtu iaitu Zarith Sofea Zalmi, 18, mendedahkan keputusan sewaktu peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2023 sebelum sebelum ini sebenarnya kurang memuaskan.

Pernah dapat E subjek Matematik

Malah dia juga mendapat E bagi matapelajaran Matematik.
Bagaimanapun kata Sofea, perkara itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha dan memberikan yang terbaik ketika peperiksaan sebenar berlangsung.

“Masa percubaan saya hanya dapat 3 atau 4A sahaja, siap ada E lagi. Subjek matematik saya E tau. Jadi bila tengok balik keputusan SPM, matematik dapat A solid tu saya termenung sekejap, terkejut.

“Keputusan trial tu tak buat saya patah semangat, sekurang-kurangnya saya tahu tajuk mana yang saya perlu fokus lebih. Jadi saya ambil benda itu sebagai guidline untuk belajar SPM,” katanya kepada Gempak.

Rahsia kejayaan

Menurut Zarith, tidak ada jalan mudah untuk berjaya melainkan sentiasa berdisiplin, sabar dan konsisten ketika mengulangkaji pelajaran.
“Tak ada jalan mudah, memang kena disiplin dan konsisten. Selalunya bermula selepas subuh, saya ambil sarapan, setelah selesai saya akan terus mengulangkaji pelajaran.
“Jadi bila melihat keputusan SPM itu saya rasa sangat seronok dan bersyukur sebab tak sangka dapat sebagus itu,” ujarnya
Ikuti video temubual Gempak bersama Rahim, isterinya, Lili Fazlena Mukhayen dan Sofea di bawah:
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live