Pelakon Saharul Ridzwan menyatakan anak lelakinya, Muhammad Luth Ali, 3, dimasukkan ke hospital disebabkan terkena air panas.

Kata Saharul atau nama sebenarnya, Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 31, Ali terpaksa ditahan di wad kerana ingin memudahkan untuk dressing luka.

"Ali kena air panas sikit. Takda apa pun. Warded sebab nak dressing luka tu, takut dia tak duduk diam," katanya menerusi kiriman WhatsApp kepada Gempak.

Sebelum ini, pelakon drama Korban Kasih memuat naik foto bersama Ali di hospital di samping meluahkan perasaan ketika anak lelakinya itu ditimpa kecelakaan.

"Berderau darah. Dulu selalu dengar ja perkataan ni. Sekarang dah ada anak, selalu sangat rasa 'berderau darah' tu datang.

"Allahuakbar. Anak ni, walaupun benda kecik yang jadi, darah naik tu rasa macam dekat kepala dah. Risau kita.

"Subhanallah. Tak tahulah macam mana nak cakap. Macam tu lah umi dan abah risau waktu saya kemalangan dulu.

"Tiada daya upaya kita sebagai hamba Allah untuk pastikan sesuatu tidak berlaku walau macam mana cuba sekalipun melainkan dgn izin Allah SWT. Semoga Allah terus melindungi orang orang yang kita sayang," tulisnya.

A post shared by Saharul Ridzwan® (@saharulridzwan)


Saharul dan isteri, Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir berkahwin pada 16 September 2016.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali dan Fateema Azzahra yang berusia lima bulan.

Instagram: @saharulridzwan & @deenaemir