Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Anak Saudara Syafiq Kyle Terkejut Majlis Nikah Batal

Amri Hassan
14/08/2023 06:56 MYT
Pelakon Nabil Aqil menghormati keputusan keluarga bapa saudaranya, Syafiq Kyle yang mengumumkan pembatalan majlis pernikahnnya dengan Mimi Lana pada Jumaat lalu.

Nabil Aqil berkata, keluarga mereka percaya Syafiq punyai alasan tersendiri mengenai hal itu.

"Saya hanya mengetahui perkara itu menerusi group WhatsApp keluarga dan kami semua terkejut.

"Apa pun kami semua hormati keputusan dan faham mengenainya," katanya.

Nabil yang sedang menjalani penggambaran drama Hawt Fellas bagaimanapun berkata, dia tidak mengetahui punca majlis berkenaan dibatalkan.

"Keluarga kami memang tidak bertanya walaupun terkejut sebab tarikh sepatutnya iaitu 18 haribulan ini sudah dekat," katanya.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada lokasi penggambaran drama itu di DXN Cyberville di sini hari ini.

Ditanya mengenai Mimi, Nabil berkata wanita itu disifatkan seorang yang menyenangkan.

"Mimi seorang yang sangat kool dan chill. Tak nampak macam bakal makcik saya," katanya tertawa.

Notis pembatalan majlis itu yang dibuat oleh pengurusan Mimi hanya diketahui setelah ia tersebar di media sosial Jumaat lalu.

#Viral #Nikah #Syafiq Kyle #Nabil Aqil #batal #Mimi Lana #Anak Saudara #Howtfellas
;