Laman Utama

"Anak Saya Buat Apa Nak DNA Test" - Ryzal Ibrahim Nak Saman Netizen Yang Suruh Buat Ujian DNA Anak Sebab Muka Tak Seiras?

gempak
Amri Hassan
18/01/2022
23:55 MYT
Sponsor Banner
"Anak Saya Buat Apa Nak DNA Test" - Ryzal Ibrahim Nak Saman Netizen Yang Suruh Buat Ujian DNA Anak Sebab Muka Tak Seiras?
Pempengaruh Ryzal Ibrahim memberi amaran mungkin bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna media sosial yang memfitnah asal-usul anak sulungnya, Rina.
Menerusi komen yang ditulis di Instagramnya, seorang pengguna meminta agar dia membuat ujian DNA memandangkan wajah bayinya tiada mirip wajah Ryzal.
"Rasanya kamu perlu melakukan paternity test bro. Bayi kamu itu tidak nampak seperti rupa kamu pun," tulis pengguna berkenaan.
Balas Ryzal pada komen terbabit agar menjaga tingkah laku dan tidak sewenang-wenangnya menulis komen berbaur fitnah terhadap keluarganya.
Malah, Ryzal berhasrat untuk melaporkan komen sedemikian kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan notis peguam.
"Anak saya buat apa nak DNA. Hidup ni jangan rasa bebas sangat. Jaga mulut kalau takut tak nak masuk dalam.
"Nak kira macam mana ya? Kalau lapor SKMM tak berkesan, kita hantar surat cinta peguam," katanya.
Dalam perkongsian lain, Ryzal menyifatkan kenyataan terbabit satu fitnah dan berjaya menjejak lokasi individu terbabit.
"Dia nak popular, kita bagi peluang. Dia fitnah anak saya perlu buat DNA atau dalam erti kata lain, anak orang lain bukan anak saya.
"Tak perlu sembunyi nama, kami dapat URL profile sudah cukup untuk jejak lokasi. Sorok muka sorok nama, inilah pondan pengecut sebenar," tegasnya.
Ryzal berkahwin dengan wanita berasal dari Korea Selatan, Maryam You Narae pada 15 Ogos 2019 dan baru menimang cahaya mata sulung yang diberi nama Rina pada pada Oktober tahun lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024