Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Anak Saya Tak Perlu Menyelinap Keluar Untuk Pergi Clubbing…”- Azhar Sulaiman

Syafiqah Jalal
06/04/2023 14:28 MYT
Pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan anak-anaknya sering sibuk dengan persatuan terutama Pandu Puteri sejak kecil sehingga dewasa bersama isterinya, Chempaka.

Malah jadual harian anak-anaknya penuh dengan aktiviti persatuan dan kelas tambahan hingga awal pagi.

“My kids tak pernah perlu 'sneaked out' untuk pergi Disco or Clubbing…..

“Mereka balik from segala activity Persatuan Pandu Puteri dan segala tuitions kadang-karang pukul 1 pagi.

“Hidup mereka especially Chempaka (isterinya) Eat-Sleep-Persatuan.

“Nasib baik Rees tak boleh masuk Pandu Puteri….kalau tak sure habis Chempaka angkut semua anak-anak pergi segala Jamboree…,” katanya.

Azhar berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Hantaran itu telah mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji didikan Azhar sebagai bapa kepada anak-anaknya.

“Anak artis pun aktif kokurikulum, yanag onrg lain kecoh kata kokurikulum tak penting, hadoi pening cikgu nak ubah mindset,” komen salah seorang pengikut laman sosial.

“Bagus tau anak-anak aktif kokurikulum ni..sekarang banyak budak-budak tak minat..bagus madam Chem bawak pergi jambori..banyak ilmu di luar bilik darjah yang mereka belajar,” kata netizen.

“Alhamdulilah best dad ever,” puji salah seorang warga maya.

Azhar berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin pada 23 Julai 1995 dan dikurniakan tiga anak, Kasih Leia Ixora, 23, dan dua anak kembar, Kasih Iris Leona dan Andika Rees Pahamin yang berusia 21 tahun.

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

#Anak #Azhar Sulaiman #Clubbing
;