Gaya Hidup
Anak Selalu Kencing Malam? Jangan Marah, Cuba Lakukan Tips Ini Untuk Atasinya
Ada diantara ibu bapa yang sering menhadapi masalah anak kencing malam.
Kencing malam atau “betwetting” atau “nocturnal enuresis” terjadi apabila kanak-kanak yang berusia 5 tahun dan ke atas tidak dapat mengawal kencing mereka semasa tidur.
Jika anak anda mempunyai gejala ini, bertenang dan jangan marah mereka.
Menurut Public Health Malaysia perkara itu normal dikalangan anak-anak cume mereka memerlukan pendekatan yang betul untuk menangani isu tersebut.
“Kencing sewaktu malam kebanyakannya adalah normal. Pundi kencing anak anda belum bersedia untuk menyimpan kencing sepanjang malam.
Kajian menunjukkan, kebanyakan kanak-kanak akan berhenti kencing malam sewaktu umur 5-6 tahun. Tapi ada juga yang tidak.
“Ada pelbagai punca kepada kencing malam antaranya stress, kencing manis jenis 1, struktur pundi kencing yang tidak normal dan jangkitan kuman saluran kencing
“Namun, 99% kebanyakannya tiada punca. Hanya pundi kencing yang tak cukup besar untuk menampung sewaktu malam.
“Tapi tiada masalah pun jika anda ingin berjumpa dengan doktor untuk bertanya,” kongsi laman Facebook berkenaan.
Dalam pada itu Public Health Malaysia juga turut berkongsi tips kepada ibu bapa cara untuk menangani perkara itu.
1.Beri ganjaran untuk tidak kencing malam
2.Set loceng bangun untuk kencing malam
3.Kurangkan minuk pada waktu petang atau malam
4.Gunakan lapik tilam kalis air
5.Pewangi bilik
6.Jangan memarahi anak, ini bukan salah mereka.
Bagaimanapun kata kunci untuk perkara ini adalah sabar dan cuba lakukan tips di atas.
Kami harap perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat pembaca Gempak.