UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Berita

Anak Selamat Bersalin, Perdana Menteri Dapat Cucu Lelaki

Rozaimi Zubaidi 25/08/2017 | 06:18 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi rasa gembira di Twitter selepas menerima kelahiran cucu baharunya, Adam Razak.
Menerusi entri yang dikongsikan, Najib berkata, anak perempuannya Nooryana Najwa atau lebih dikenali sebagai Gina, selamat melahirkan bayi lelaki pada pagi Jumaat.
"My new grandson (cucu baru saya), Adam Razak! Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Gina dan baby kedua-duanya berada dalam keadaan sihat." tulis Najib.
Ini merupakan anak pertama kepada Nooryana Najwa selepas mendirikan rumah tangga dengan Daniyar Kessibayev yang berasal dari Kazakhtan pada dua tahun lalu.
Rata-rata pengikut Najib di akaun Twitter mengucapkan tahniah di atas kelahiran cucu yang diterima dan mereka berharap agar semuanya berada dalam keadaan baik.
@Mr.Right‏: "Tahniah Datuk Seri, semoga menjadi khalifah berguna di bumi Allah ini, Insyallah."
@Moon: "Tahniah Datuk Seri. Semoga Adam menjadi anak yang baik dan soleh. Amin."
@Azri: "Alhamdulillah tahniah PM, saya tumpang gembira."
@Biswardi Hasbi: "Tahniah buat Datuk Seri NajibRazak & Datin Seri Rosmah Mansor. Semoga dapat menambah keceriaan dalam keluarga nanti."
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
#Perdana Menteri #Datuk Seri Najib Tun Razak
;