Hiburan

Anak Seronok Pergi Sekolah, Almy Nadia Bercampur Baur Sekali Sedih - "Mama Bekalkan Nasi Lemak & Air Sirap"

gempak
Zulaikha Yusof
04/01/2021
17:00 MYT
Sponsor Banner
Anak Seronok Pergi Sekolah, Almy Nadia Bercampur Baur Sekali Sedih - "Mama Bekalkan Nasi Lemak & Air Sirap"
Pelakon Datin Almy Nadia, 35, berkongsi gelagat dua orang puterinya, Nur Afrina Arianna, 6, dan Nur Afrina Aurora, 5, pada hari pertama persekolahan, semalam.
Menurut Almy, Arianna dan Aurora sangat teruja sehinggakan bangun seawal jam 5.30 pagi.
"4/1/2021 simpan sini. Alhamdulillah harini hari pertama untuk persekolahan anak-anak (Arianna dengan Aurora).
"Alhamdulillah diaorang bangun sendiri sebab teruja nak pergi sekolah. Pukul 5.30 pagi dah bangun," tulisnya di Instagram (IG).
Sementara itu, isteri kepada aktor Datuk Fizz Fairuz, 41, memilih untuk membekalkan anak-anaknya dengan juadah nasi lemak disertakan dengan air sirap.
"Minta nak bawa bekal nasi lemak. Mama bangun pagi-pagi masak nasi lemak. Nak bawa air sirap, mama bekalkan air sirap..
"Alhamdulillah ini 2 ketul budak tak nangis bila nak pergi sekolah.. Diaorang gembira," tulisnya lagi.
Menerusi perkongsian itu, pemilik nama Almy Nadia Aminuddin Shah turut meletakkan 'gif' menangis di posting berbeza.
Terdahulu, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014.
Selain Arianna dan Aurora, pasangan ini juga mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Nur Afrina Ayra, 3 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 12.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024