Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Anak Shah Rukh Khan Ditahan, Pihak Berkuasa Jumpa Dadah Ketika Berpesta Di Kapal Persiaran

Amri Hassan
03/10/2021 22:21 MYT
Anak lelaki kepada pelakon tersohor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan, Aryan Khan ditahan pihak berkuasa susulan serbuan parti di sebuah kapal persiaran pada Ahad.

Menurut laporan media tempatan, Aryan, 23, ditahan oleh Biro Kawalan Narkotik (NCB) bersama tujuh yang lain.

BACA: #OhAbeNik: Like Father Like Son! 6 Anak Teruna Bintang Bollywood Yang Menggoncang Kalbu!

Dalam serbuan terbabit, pihak berkuasa menemui 13 gram kokain, 12 gram kanabis, 22 pil methylenedioxymethamphetamine (MDMA) dan 5 gram dadah jenis mephedrone (MD).

"Kesemuanya termasuk dua wanita ditahan untuk soal siasat," maklum NCB.

A post shared by ETimes (@etimes)


Berdasarkan maklumat, pegawai NCB Mumbai melakukan serbuan di kapal persiaran Cordelia, yang menuju dari Mumbai ke Goa pada 2 Oktober 2021.

Difahamkan, bayaran masuk untuk pesta di atas kapal persiaran itu dalam lingkungan Rs1 lakh (RM5,636).

Dalam pada itu, Shah Rukh Khan dilihat berada di pejabat peguam sejurus selepas penahanan Aryan disahkan.

Difahamkan, Shah Rukh Khan terpaksa membatalkan penggambaran muzik video filem Pathan di Sepanyol bersama Deepika Padukon selepas tular berita penahanan Aryan.

A post shared by ETimes (@etimes)


Sumber: ETimes, Times of India
#Viral #Shah Rukh Khan #Dadah #Bollywood #Aryan Khan #Mahkamah #India #Polis #Cruise #Pesta #Biro Narkotik #Goa #Mumbai