Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Anak Speech Delay, Padan Muka!”- Cikgu Ayu Mohon Maaf, Tiada Niat Cerca Ibu Bapa Cuma…

Syafiqah Jalal
23/04/2022 08:47 MYT
“Saya mohon maaf, sebenarnya saya tiada niat untuk mencerca ibu bapa yang mempunyai anak berpendidikan khas,” kata guru yang dikenali sebagai Cikgu Ayu dalam satu kenyataan menerusi sebuah video di akaun TikTok miliknya.

Cikgu Ayu memohon maaf selepas kenyataannya mengenai anak yang mempunyai masalah Speech Delay disebabkan sikap ibu bapa yang didakwa malas dan hanya memberi anak gajet untuk memudahkan kerja harian tanpa kawalan.

Video TikTok Cikgu Ayu yang dalam kenyataannya memberitahu “Anak Speech Delay, padan muka!” itu bermula dari isu seorang murid dibuang dari tadika kerana membuang air kecil di dalam kelas.

Dia turut memberikan teguran secara terbuka di TikTok buat ibu bapa yang tidak menyedari tentang kepentingan mengajar anak untuk menguruskan diri sendiri sekiranya perlu ke tandas.

Bagaimanapun, kelantangan itu telah mengguris hati pelbagai pihak.

Dalam video TikTok terbaharunya itu dia akui sedaya upaya mengajar anak muridnya meskipun mempunyai masalah Speech Delay atau pun masalah membuang air.

“Saya juga menerima murid seperti speech delay dalam kelas saya. Saya sedaya upaya mengajar mereka untuk menguasai bahasa dengan baik. Saya tidak pernah sisihkan mereka. Yang pernah buang air dalam kelas pun ada," jelasnya.

Dalam hantaran lain, pendidik itu menjelaskan video yang tular itu ditujukan sebagai peringatan kepada golongan ibu bapa yang bersikap malas sahaja.

Video yang tular itu telah mendapat reaksi ramai kalangan ibu bapa yang tidak bersetuju dan ada juga daripada setuju dengan kenyataan berkenaan.

Bagaimana pun video itu telah dipadam Cikgu Ayu di akaun TikToknya.

undefined
#Viral #Tular #maaf #Speech Delay #Cikgu Ayu
;