Anak Suka Pakai Tudung, Anang & Ashanty Mahu Hantar Arsy Ke Sekolah Agama
Syafiqah Jalal
29/09/2017 04:41 MYT
29/09/2017 04:41 MYT
Penyanyi Indonesia, Anang Hermansyah dan isteri Ashanty merancang mahu menghantar anaknya, Arsy, 2, ke sekolah agama.
Ashanty berkata mereka merancang perkara tersebut selepas menyedari Arsy lebih suka memakai hijab baru-baru ini.
"Saya tak pernah ajar dia pakai tudung, yelah saya pun tak berhijab.
"Dia selalu lihat neneknya memakai tudung dan sukakannya," kata Ashanty.
Sementara itu, bekas suami Krisdayanti itu juga sudah menyenaraikan beberapa buah sekolah agama untuk dipilih oleh anaknya.
"Saya ada beberapa sekolah agama yang ada dalam senarai. Bila tiba masa saya serahkan pada Arsy untuk memilihnya," katanya.
Sumber: Detik Hot