Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Anak Sulung Baru 9 Bulan, Rihanna Hamil Lagi

Maliah Surip
14/02/2023 14:35 MYT

Rasanya macam belum terlalu lama peminat menerima khabar penyanyi sensasi Rihanna menimang cahaya mata pertama.

Kini tanpa disangka-sangka, Rihanna mengumumkan dirinya hamil anak kedua. 


Bukan tanpa bukti, Rihanna buat pertama kali ‘menampilkan’ perut besar kerana hamil sewaktu membuat persembahan dalam Super Bowl Halftime di Phoenix, pada Ahad.

Perempuan berusia 34 tahun itu malah sempat memberi ‘hint’ sedang hamil sebelum menayangkan perut yang disembunyikan di sebalik jumpsuit merah yang dipakainya.

Menurut thehollywoodreporter.com, Rihanna sempat berkira-kira untuk melakukan persembahan tersebut kerana sedar dirinya sedang hamil. 

“Saya tanya diri sendiri ‘adakah serius mahu melakukan ini’? Saya berada dalam trimester ketiga dan membuat keputusan ini adalah sangat besar.

“Saya mungkin akan menyesal. Tapi menjadi apabila anda menjadi seorang ibu, ada perkara yang terjadi dan anda akan terus menakluk dunia - anda boleh melakukan semua.

“Dan Super Bowl adalah pentas terbesar di dunia. Walaupun ada ketakutan, saya ambil cabaran ini. Perkara ini penting untuk disaksikan oleh anak saya,” kata Rihanna.

Pada persembahan itu, Rihanna membuat seluruh stadium ‘bergegar’ dengan hitnya seperti We Found Love, Where Have You Been, Diamonds dan Work.

Rihanna menimang cahayamata pertama bersama pasangannya, rapper A$AP Rocky pada Mei 2022. Anak lelaki mereka baru berusia sembilan bulan.

#Viral #Hollywood #Hamil #Rihanna #Super Bowl