Sejak pelakon Azhar Sulaiman memuat naik video beberapa video yang memaparkan anak sulungnya, Kasih Leia Ixora, ramai dalam kalangan pengikut pelakon itu melahirkan rasa prihatin terhadap keadaan Kasih.
Ada yang bertanya adakah Kasih tidak sihat dan ada juga yang bimbang melihat keadaannya yang agak kurus.
Pun begitu, Azhar tidak pernah mendedahkan masalah yang dialami oleh anaknya. Bagaimanapun, Kasih ada memuat naik sepotong video di TikTok ketika mendapatkan rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
mass ?
_18.png)