Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Anak Sulung Selamat Bernikah, Sharifah Shahirah Titip Pesanan - "Kalau Gaduh Settle Sendiri, Jangan Menyusahkan ..."

Shahrin Zulkifle
12/11/2022 23:00 MYT
Anak sulung kepada pelakon Sharifah Shahirah, Allisya Tahir telah selamat bergelar isteri dengan jejaka pilihannya, Zulhisyamuddin dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu.

Terdahulu, pasangan itu telah dinikahkan oleh bapa Allisya iaitu penyanyi Jatt Ali dan menerima mas kahwin sebanyak RM80.

Menurut Shahirah atau mesra disapa Shiera, perasaannya melihat anak selamat bergelar isteri adalah sama seperti kebanyakan ibu-ibu lain. Malah dia akui perasaan bercampur baur di antara gembira dan sedih.

“Perasaan dapat menantu sama macam mak-mak yang lain, perasan seronok ada sedih pun ada.

“Sedih sebab akhirnya tengok anak yang saya melahirkan dah naik pelamin bersama pasangan pilihan dia. Pejam celik dah kahwin Allisya, kejap sangat rasa.

“Apa pun alhamdulillah, majlis pernikahan pun berjalan dengan lancar dan dipermudahkan,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Terdahulu, Shiera turut berkongsi beberapa muat naik terbaharu di Instagram sekitar majlis pernikahan anaknya itu.

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Dalam pada itu, aktres berusia 48 tahun itu memaklumkan, anak dan menantunya itu akan menetap di Pulau Tioman memandangkan Zulhisyamuddin perlu menguruskan perniagaan pelancongan di sana.

“Anak saya akan ke Pulau Tioman ikut suami, sebab suaminya bekerja dan ada perusahan di sana.

“Tapi kalau tiada kerja di sana, mereka akan balik juga ke Kuala Lumpur,” tambahnya.

Ditanya mengenai pesanan yang ingin disampaikan buat anak dan menantu, Shiera berseloroh mengatakan sekiranya mempunyai masalah dapat diselesaikan dengan sendiri.

“Pesanan untuk anak dan menantu, apa-apa update dalam group Whatsapp, kalau gaduh settle sendiri jangan menyusahkan aku,” ujarnya dalam nada bergurau.

Untuk info, Allisya merupakan anak hasil perkahwinan pertama Sheira bersama Jatt Ali. Mereka berkahwin pada tahun 1993 namun jodoh tidak berpanjangan apabila disahkan bercerai pada tahun 1999.

Sheira kemudiannya memilih pelakon Ijoy Azhari sebagai pasangan hidup dan mereka selamat bernikah pada tahun 2003 serta dikurniakan empat orang cahaya matai aitu Airell, Airra, Audra, serta Adeena.

A post shared by Tallisya (@tallisya_)

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Kahwin #Sharifah Shahirah #Jatt Ali #Allisya
;