,
Laman Utama

Anak Sumbing, Instafamous Lambat Kongsi Gambar Bukan Sebab Malu - "Saya Nak Tunggu Cukup ..."

Amri Hassan
26/09/2021
04:40 MYT
Personaliti media sosial, Andika Putera akhirnya berkongsi foto anak sulungnya, Alisha Puteri yang baru dilahirkan bulan lalu.
Menegaskan bukan malu untuk berkongsi keadaan anaknya yang mengalami sumbing, kata Andika dia sebaliknya menantikan usia anaknya mencecah 44 hari sebelum berkongsi kepad umum.
"Anak hebat, anak luarbiasa, anak yang kuat. Anak kami @ananda_natashaaa , adalah seorang cleft lips (sumbing), kami dah tahu waktu baby masih lagi kandungan umur 5 bulan.
"Dika tak post gambar Alisha, bukan malu, bukan takut mulut orang, tapi nak tunggu Alisha besar sikit, baru Dika akan post.
"Harini cukup 44 hari umur Alisha, Dika post. Adakah terfikir banyak nak post? Tak. Sebab Dika bersyukur apa sahaja yang Allah bagi. Dika bersangka baik dengan apa sahaja Allah bagi. Kita ini hamba Allah, kita ikut jalan Allah, bukan Allah ikut apa yang kita nak," jelasnya menerusi hantaran di Instagram.
Dedah Andika, isterinya Tasha pada mulanya bersedih apabila mengetahui keadaan bayi mereka dalam kandungan.
"Pada mulanya, kami tahu , kami cek scan , baby ada cleft, pilu sangat hati Tasha. Menangis yang teramat nangis, kesian terhadap Alisha, apa yang akan terjadi when dia dah besar, apa yang akan terjadi dengan rakan-rakan dia nanti.
"Dika pulak mcm mana? Dika tak berhenti memberi kata-kata positif dekat Tasha. Seminggu jugak lah dia bersedih. Dika tak sedih ke? Gila ke tak sedih.
"Tapi tak lama, Alhamdulillah. Dika bahagia di dalam. Nampak kasih sayang Allah di setiap ujian. Di sinilah kasih sayang Allah, nak kita bergantung padanya. Nak kita teguh tauhid hati kita.
"Tak kisah lah, mak ayahnya, Alisha. Mesti ada sebab baik. Mesti ada hikmah yang sangat indah Allah cipta macam ni. Tidak mungkin saja saja sebab Allah adalah Maha Pencipta yang Sempurna, sebaik-baik ciptaanNya," tambahnya.
Maklum Andika, puteri mereka bakal menjalani pembedahan dalam tempoh tiga bulan akan datang dan mengharapkan sokongan serta motivasi daripada pengikutnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar