HIBURAN
Anak ‘Syurga’ Rahmad Mega Meninggal Dunia - “Saya Terpaksa Bergegas Pulang Dari…”
Anak perempuan kepada penyanyi Rahmad Mega iaitu Nur Ara Elisya yang berusia 15 tahun dilaporkan meninggal dunia pada Ahad.
Berita sedih itu disahkan oleh Rahmad atau Rahmad Tohak, 56, menerusi hantaran di Thread miliknya.
"Saya dapat berita anak saya (Elisya) baru menghembuskan nafas terakhir.
"Saya terpaksa bergegas pulang dari Kuching ke Semenanjung," katanya yang tidak berkongsi punca kematian Allahyarham.
Rahmad dijangka tiba di Kuala Lumpur dari Kuching pada pukul 9.30 malam.
Pada Februari lalu, media melaporkan Nur Ara Elisya menjalani pembedahan tulang belakang (spinal) untuk meluruskan tulang belakang yang membengkok 140 darjah.
Keadaan itu berlaku disebabkan sindrom Prader Willi, iaitu sejenis penyakit genetik yang jarang berlaku.
Sindrom tersebut dialami sejak lahir dan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan termasuk gangguan fizikal, mental dan tingkah laku.
Menurut Rahmad, keadaan tulang belakang Nur Ara Elisya lebih kronik daripada kes penyanyi Zamani Slam dan dimasukkan ke hospital sejak 24 Disember lalu.
Untuk rekod, Nur Ara Elisya merupakan anak hasil perkahwinan Rahmad bersama pelakon Ainina Ahmad B.