Hiburan
Anak Tak Boleh Berenggang, Vivy Yusof Buka Bilik Untuk Kanak-Kanak Di Pejabat
Usahawan dan pengasas Fashion Valet, Datin Vivy Yusof mencuri perhatian netizen apabila tidak boleh berjauhan dengan anak bongsunya, Sarah Ilham Shah.
Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, 31, berkongsi sepotong video momen dia bersama Sarah, satu tahun, di laman Instagram (IG) miliknya.
“Setiap pagi saya begini. Inilah sebab Fadza dan saya reka sebuah bilik kanak-kanak di pejabat untuk rakan sekerja kami meletakkan anak-anak mereka bila-bila masa sahaja,” tulis Vivy sebagai kapsyen.
Menerusi video berdurasi hampir 20 saat itu menunjukkan Sarah merengek apabila Vivy melangkah keluar daripada rumah dan mahu mengikuti ibunya ke pejabat.
Meninjau ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan aksi Sarah.
Malah, ramai juga yang menyokong idea Vivy menyediakan ruangan kanak-kanak di pejabat untuk memudahkan para ibu.
“Bertuahnya kalau dapat boss macam Vivy,” komen seorang wargamaya.
“Bagusnya boleh bawa anak. Terkenang dulu waktu kerja bawa anak. Aura ibu sangat kuat untuk anak,” kata seorang wargamaya.
“I hope one day every school in Malaysia will have their own taska so that teachers and staffs can bring their children and work happily,” cadang seorang wargamaya.
“Haha dramanya Sarah!” usik seorang wargamaya.
Video tersebut sehingga kini telah menerima lebih 350,000 tontonan.
Vivy dah Fadza mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dah telah dikurniakan dua cahaya mata Daniel Azim Shah, 6, dan Mariam Iman Shah, 4 tahun.