Hiburan
Anak Tak Suka Makan Sayur dan Buah? Cuba Tips Isteri Hafizul Kamal Ni, Mudah Je Rupanya
Isteri kepada pelakon Hafizul Kamal, Nurul Fariza Ibrahim berkongsi tips untuk anak-anak yang kurang gemar makan buah dan sayur.
Fariza atau lebih mesra dengan panggilan Mieja berkongsi tips tersebut menerusi posting terbaru di akaun Instagram miliknya.
Menurut Mieja, dia mempraktikkan cara tersebut untuk anak anak pertamanya, Raisya Amanda.
“Ramai yang tanya macam mana saya ajar anak suka makan buah dan sayur. Jadi saya cuba kongsikan apa yang saya praktik dan dapat menerusi pembacaan dari pelbagai artikel.
“Masa baru nk start makanan pejal (solid food):
“1. Mula atau kenalkan dengan bubur kosong dahulu.
“2. Kemudian teruskan dengan sayuran hijar (sayur tawar) sebagai contoh bayam dan bayam. Cari la lagi dua jenis sayur hijau dan ikut 4 days rule.
“3.Seterusnya boleh mulakan dengan sayur manis seperti lobak merah (carrot) dan keledek (sweet potato).
“4.Selepas selesai dengan sayur, dah boleh kenalkan dengan buah yang tak berapa nak manis macam avocado, buah masam-masam manis seperti kiwi dan buahan manis macam epal secara berperingkat.
Secara keseluruhannya, saya mulakan ajar step dengan rasa yang tawar terlebih dahulu lepas itu barulah yang manis-manis,” tulisnya.
“Tambah Mieja lagi, hidangan yang diberikan kepada anak-anak perlulah seimbang dan sentiasa konsisten.
“Bila anak dah besar sikit:
“1.Kena konsisten setiap hidangan ada karbo (nasi/noodle), protein (ayam/ikan/telur) dan fiber (sayur + buah). Kena consisten sangat (even ada lah jugak hari-hari tak bagi Raisya makan sayur).
“2.Paling penting bila ada masa teman anak makan. Anak makan, kita duduk dekat sebelah. Waktu makan pun antara bonding dan learning time jugak. Masa makan, terangkan kat anak hari ini mummy masak apa, sayur ni nama dia apa, kenapa nk kena makan, tanya anak sedap tak mummy masak.
“3. Jangan lupa untuk stokkan buah dalam peti jadi semua orang setiap hari boleh bagi anak makan buah. Sentiasa galakkan mereka untuk makan buah dan sayur.
“Sebagai seorang ibu yang duduk di rumah, saya mungkin ada banyak masa untuk teman anak makan. Jika ibu yang bekerja mungkin boleh teman makan bila cuti ke.
“Pastikan sentiasa mencari penyelesaian, jika jika berjalan-jalan ke pusat membeli-belah, saya selalu belikan Raisya buah potong dan sebab dah terbiasa, Raisya yang akan buat permintaan nak makan buah. #TipsMummyRaisyaSara,” kongsinya.
Terdahulu, Mieja atau nama sebenarnya Nurul Fariza Ibrahim mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem PASKAL The Movie ini pada 13 Februari 2016.
Pasangan ini kemudiannya dikurniakan seorang anak, Raisya Amanda pada 25 Oktober 2017 manakala Sara Erina dilahirkan pada 10 Disember 2019.
Must-Watch Video