Pelakon Datin Rebecca Nur Al Islam akui sebak sebaik sahaja menghantar anak sulungnya, Nor Anggun Raverra di hari pertama persekolahannya.

Menurut Rebecca, dia berasa sebak kerana tidak menyangka masa berlalu dengan begitu pantas dan anaknya kini sudah darjah satu.

Rebecca berkongsi perasaannya menerusi video pendek yang dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini.

“Assalammualaikum, salam Rabu #02012019 mummy Becca nak tanya siapa yang hantar anak pergi sekolah untuk hari pertama hari ini? Lepas itu anaknya umur sama Anggun naik darja satu? Siapa? Ada tak?

“Lepas tu siapa macam mummy Becca, anak tak nangis tapi mummy yang nangis. @noranggunraverra cool je.

“Oh tuhan, mummy nangis sebab masa berlalu dengan begitu pantas. Dia kini sudah darjah satu. Sangat berani, yakin dan kuat. Alhamdulillah.

“Hati seorang ibu kan, naik sekolah ke sekolah rendah pun mummy Becca menangis. Ya Allah, kau jadi kan lah anak ku anak yang baik, mendengar kata, anak yang bijak belajar.

“Kau permudahkan lah segalanya di sekolah, Kau jaga kan lah setiap langkahnya. Semoga anak solehah ku @noranggunraverra suka belajar dan pandai membawa diri. Ameen AllahHuma Ameen... #howtimeflies #mrsazam #mydaughter #02012019,” tulisnya.

View this post on Instagram

Assalammualaikum,Salam Wednesday? #02012019 Mummy Becca Nak tanya Sapa Yg Hantar Anak G Skolah Utk First day Today????Pastu Anak Nya Umur Sama Anggun Naik Darjah Satu/Primary one???? Siapa ada tak??? . . Dan Sapa Macam Mummy Becca,Anak Tak nanggis Tapi Mummy Yg Nanggis?? @noranggunraverra cool Je❤️OMG Mummy nanggis Sebab How time Flies?She’s primary one now..she’s so brave,confident and strong Alhamdulillah . . Hati Seorang Ibu kan?Anak naik skolah ke primary one pun Mummy Becca menanggis ?Ya Allah Kau Jadi Kan La anak Ku anak yg Baik,mendengar kata,Anak Yg Bijak Belajar,Kau PermudahKan Lah SegalaNya Di Sekolah,Kau Jaga kan Lah Setiap Langkah Nya?Semoga Anak Solehah Ku @noranggunraverra Suka Belajar Dan Pandai Membawa Diri❤️?Ameen AllahHuma Ameen... . . #howtimeflies #mrsazam #mydaughter #02012019

A post shared by ❤️AllahSwt❤️RasulullahSaw (@rebeccanuralislamahmad) on

Rebecca telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011 dan mempunyai empat cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 7, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael, 3, Nor Ahmat Al-Reaggan, selain dua anak angkat, Nor Adam Daniel dan Nor Aurora Riana.

Foto: Instagram @rebeccanuralislamahmad