Hiburan
Anak Tiri Panggil Saya Mummy Princess - Coco
Instafamous yang sering mencetus kontroversi, Coco atau Kingcoco mengakui tidak menyangka dirinya hamil sebegitu cepat.
Dalam pertemuan ekslusif bersama Astro Gempak baru-baru ini Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail, 20, berkata berita tersebut bagaikan mimpi buat dirinya.
"Rasa macam mimpi pula, tak sangka secepat ini saya mengandung.
"Pada mulanya saya merancang untuk mengambil anak angkat sebagai peneman kerana suami selalu tiada di rumah.
"Lagipun kami merancang untuk mempunyai zuriat sendiri dalam tempoh dua tahun selepas berkahwin tapi ini rezeki Allah.
"Saya tidak pernah tolak. Memang saya sukakan kanak-kanak malah, anak-anak tiri saya pun sangat rapat dengan saya sampai memanggil saya dengan nama Mummy Princess.
"Apabila saya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan saya, segera saya membuat pemeriksaan sendiri dan alangkah gembiranya apabila mendapat tahu saya sudah mengandung. Macam tidak percaya!
"Tapi yang kelakarnya saya sentiasa terbayang-bayang kesakitan apabila melahirkan anak kelak, sampaikan termimpi-mimpi dibuatnya," kata anak keempat daripada lima beradik itu.

Kata Coco sampai tempoh sekarang belum ada alahan yang teruk atau mengidam yang bukan-bukan.
Coco mengimpikan untuk mempunyai dua orang cahaya mata dan sudah mempunyai perancangan untuk anak-anak yang bakal dilahirkan.
"Saya mahu bersalin di luar negara untuk setiap anak saya. Jadi adalah juga kenangan apabila kembali ke tempat saya bersalin itu nanti.
"Rasanya dua orang zuriat sudah cukup untuk kami," katanya yang mengimpikan untuk mempunyai anak perempuan.
Coco dan suaminya, Azrin Anaz Abdul Shukor (Capt Azrin), 35, telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu di Hampshire Place, Kuala Lumpur dalam sebuah majlis tertutup.
Pasangan itu akan melangsungkan majlis persandingan secara tertutup di ibu negara pada hujung bulan ini dan bakal berbulan madu di Kepulauan Maldives.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @pinography, IG @k1ngcoco_1