Anak Tiri Serah Diri Selepas Tetak Kepala Ibu Hingga Putus

Awani
Februari 16, 2022 22:40 MYT
Seorang wanita maut dalam keadaan memilukan apabila lehernya putus ditetak anak tiri di rumahnya di Kampung Batu Machang, Jerek, di sini, petang Rabu.

Suspek yang merupakan lelaki berusia 39 tahun telah menyerah diri di balai polis Bertam di sini, jam 4.55 petang.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, suspek mengaku menetak mangsa yang berusia 54 tahun menggunakan parang.

Berdasarkan siasatan awal suspek merupakan seorang penagih dadah dan pesakit mental.

"Hasil pemeriksaan pihak polis di lokasi kejadian mendapati mangsa maut selepas putus leher akibat tetakan menggunakan parang," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut kes masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sumber: Awani

#Anak #Ibu #Mati #Maut #Tetak Kepala