VIRAL

Anak Usia Sebulan Jadi Mangsa Hinaan Netizen, Influencer Tampil Buat Laporan Polis - “Benci Saja Aku, Jangan Kaitkan…”

Asyikin Mayudin 14/07/2025 | 06:55 MYT
Tidak tahan anak yang masih bayi dijadikan bahan hinaan, pempengaruh media sosial iaitu Shaniena Natasya tampil membuat laporan polis.

Jadi sasaran kecaman

Menerusi perkongsian di TikTok, Shaniena meluahkan rasa terkilan apabila anaknya yang baru berusia sebulan dijadikan sasaran kecaman netizen.

“Hina mak okay. Hina anak sangat lah tak okay. Mak mana nak tengok anak kena hina. Budak pun baru sebulan, apa salah dia? Nak benci aku, benci ja aku jangan kaitkan anak aku,” katanya.

Dalam pada itu, Shaniena turut mengkritik individu yang menggunakan akaun palsu semata-mata hanya untuk menyebarkan kata-kata kesat.

Akaun palsu

“Berselindung akaun palsu? Jangan risau tak jumpa dekat dunia, jumpa dekat akhirat. Aku tak akan maafkan dunia akhirat,” tegasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Shaniena Natasya Tak Menyesal, Akui Berbaloi Tinggalkan Alkohol & Shisha - “Terutama Bila Tahu Saya Hamil…”

Tindakan Shaniena membuat laporan polis mendapat sokongan ramai pengikutnya, yang menyifatkan perbuatan menghina bayi adalah melampau dan tidak berperikemanusiaan.

Malah netizen turut menganggap, tindakan Shaniena membuat laporan polis adalah wajar bagi memberi pengajaran kepada pelaku dan orang ramai.

#Influencer #Pempengaruh #Shaniena Natasya #Mangsa hinaan