Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Berita

“Anak Yang Mengandung, Saya Yang Mabuk!”- Gmie Screen Bakal Menyambut Cucu Pertama

Syafiqah Jalal 16/10/2019 | 06:40 MYT
Penyanyi Gmie Screen mendedahkan dirinya mengalami alahan yang teruk beberapa bulan lalu selepas anak perempuan sulungnya, Siti Hadirah disahkan hamil.
Gmie berkata mungkin ia kedengaran aneh, namun itu yang dialaminya.
“Dulu, masa isteri saya hamil saya tidak ada rasa apa-apa perubahan atau terkesan dengan alahan seperti ibu hamil alami.
“Tapi yang anehnya kali ini, anak yang mengandung saya yang mabuk.
“Saya alami alahan yang teruk seperti rasa mual-mual serta mengidam seperti wanita hamil selepas anak saya disahkan mengandung.
“Bukan saya sahaja tapi isteri saya pun begitu. Manakala anak saya itu hanya mengalami alahan selepas kami selesai rasa semua itu dalam beberapa bulan juga,” katanya kepada Gempak.
Gmie ditemui selepas sidang media Konsert Amal Artis Legenda 90-an (2.0) yang bakal diadakan pada 31 Januari tahun depan.
Pun begitu, Gmie bersyukur kerana bakal menimang cucu yang dijangka lahir pada Januari tahun hadapan.
“Terujanya itu lain tak sama seperti menyambut anak pertama. Ini memang nikmat dunia yang Allah beri kepada saya.
“Saya hanya berharap agar cucu pertama saya dilahirkan dengan selamat dan sihat sejahtera hendaknya nanti,” katanya lagi.
Selain Gmie, penyanyi lain turut menyertai Konsert Amal Artis Legenda 90-an (2.0)adalah Nizam Laksamana, Amir Ukays, Ameng Spring, Ali XPDC, Sham Visa, Zarul Umbrella dan penyanyi popular, Khai Bahar.
#Hamil #Mengandung #Hamil #Gmie Screen #Cucu #Atuk
;