Tiba saja bulan puasa, golongan yang akan diberi keutamaan sudah tentunya anak-anak yatim.

Ketika inilah ramai pihak khususnya individu orang kenamaan (VIP) berebut-rebut untuk meraikan anak-anak yatim menerusi majlis berbuka puasa.

Namun, satu perkara yang menjadi perbincangan setiap kali majlis ini diadakan adalah layanan terhadap mereka.

Adakah mereka benar-benar diraikan?

Isu ini juga telah menarik perhatian penyanyi Sufian Suhami menerusi satu perkongsian di akaun Twitternya.

Menurut Sufian, jika anak yatim tiba di majlis lebih awal daripada golongam VIP, siapa sebenarnya yang diraikan?

"Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim. Anak yatim sampai pukul 4, tunggu sampai berbuka. VIP sampai 6.30, ambil gambar sampai berbuka.

"Siapa raikan siapa?," katanya.
Rata-rata warganet dilihat bersetuju dengan pendapat berkenaan. Kebanyakkan diantara mereka merasakan jurang layanan antara VIP dan anak yatim pada setiap majlis rasmi harus dikurangkan.

Ini antara reaksi dan komen warganet di Twitter: