"Anak Yatim Sampai Pukul 4, VIP Sampai 6.30, Siapa Raikan Siapa?" - Sufian Suhaimi

Hanafis Haris
Mei 21, 2019 08:11 MYT
Tiba saja bulan puasa, golongan yang akan diberi keutamaan sudah tentunya anak-anak yatim.
Ketika inilah ramai pihak khususnya individu orang kenamaan (VIP) berebut-rebut untuk meraikan anak-anak yatim menerusi majlis berbuka puasa.
Namun, satu perkara yang menjadi perbincangan setiap kali majlis ini diadakan adalah layanan terhadap mereka.
Adakah mereka benar-benar diraikan?
Isu ini juga telah menarik perhatian penyanyi Sufian Suhami menerusi satu perkongsian di akaun Twitternya.
Menurut Sufian, jika anak yatim tiba di majlis lebih awal daripada golongam VIP, siapa sebenarnya yang diraikan?
"Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim. Anak yatim sampai pukul 4, tunggu sampai berbuka. VIP sampai 6.30, ambil gambar sampai berbuka.
"Siapa raikan siapa?," katanya.

Majlis Berbuka Puasa Bersama Anak Yatim Anak yatim sampai pukul 4, tunggu sampai berbuka. VIP sampai 6.30, ambil gambar sampai berbuka. Siapa raikan siapa?

— Sufian Suhaimi (@sufiansuhaimi_) May 20, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rata-rata warganet dilihat bersetuju dengan pendapat berkenaan. Kebanyakkan diantara mereka merasakan jurang layanan antara VIP dan anak yatim pada setiap majlis rasmi harus dikurangkan.
Ini antara reaksi dan komen warganet di Twitter:

Belum sampai bab makanan vvip terhidang atas meja, yg anak yatim beratur panjangggg nak ambik makann

— Mawi (@Soyaloverissa) May 20, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Yaaaa perkara ini masih berlaku smpai sekarang??hurm tiba2 teringat majlis buka puasa kat sek , makanan x cukup utk pelajar , VIP punya ramai jemput beria lagi , alih2 boleh bilang dgn jari je berapa ramai yg dtg??last2 cikgu suruh pelajar yg takde makanan mkn kt tmpat VIP??

— Atiqah (@atiqahromzi20) May 20, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ok my abang buat majlis anak yatim every year, 1 majlis 3 bas anak yatim. Kami standby 20 org utk serve every meja. Mknn dh terhidang khas utk mereka. Yg still ada mak bapak sila ambik sendiri??

— Medicca ? (@NNynalaraa) May 20, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Sufian Suhaimi #Puasa #Berbuka