Hiburan

Anak Yazit Gelar Amy Search Anjing?

gempak
Fiza Kamarudin
06/12/2016
10:18 MYT
Sponsor Banner
Anak Yazit Gelar Amy Search Anjing?
Bukanlah Miss K hendak masuk campur urusan orang lain, tetapi apabila sumber datang dan mengadu, berkali-kali jugalah Miss K geleng kepala.
Sumber ini mendakwa dirinya teman Facebook kepada anak perempuan bekas pemain dram kumpulan Search, iaitu Yazit.
Kata sumber, anak perempuan kepada pemain dram lagenda itu telah meninggalkan komen yang agak kasar diruangan komen pada sebuah entri video persembahan kumpulan Retrospektif yang menyanyikan lagu-lagu Search di pentas MAHA 2016.
Tidak sedapnya, gadis tersebut yang menggunakan nama Syeeqa Yazit telah menulis “siapa yang menyalak macam anjing ni” dan kata-kata tersebut didakwa ditujukan kepada vokalis Search, Amy.
Miss K dikhabarkan, Amy ada menegur gaya dan persembahan penyanyi-penyanyi yang menyampaikan lagu Search bersama band Restrospektif pada malam tersebut.
Kata Amy, tribute itu bukan bermaksud meniru gaya artis menyanyi, cari keaslian diri. Bagi Miss K, ada kebenarannya kata-kata Amy itu, kerana Awie pun pernah menegur Awiera suatu ketika dahulu.
Mungkin kerana panas hati dengan teguran Amy, Syeeqa telah menulis komen sedemikian. Maklumlah darah muda, lagipun semua orang tahu konflik dalaman yang berlaku di antara Search dan Yazit ketika ini, kan?
Kebetulan pula, Yazit merupakan pemain dram ketika persembahan Retrospektif pada malam tersebut.
Cuma bagi Miss K, jika benar Syeeqa maksudkan Amy di dalam komen tersebut kurang manislah ya. Sebab Amy itu berpangkat bapa dan terang-terangan lebih tua dari Syeeqa.
Miss K juga tidak salahkan Amy, apabila dia memuatnaik screenshot komen Syeeqa di akaun FBnya dan sebagai seorang bapa, apabila seorang anak menggelarkan dirinya anjing itu sudah tentu satu perbuatan yang biadab dan dianggap melampau.
Apa-apa pun Miss K harap, perkara ini tidak berpanjangan dan cepat-cepatlah diselesaikan. Lagipun, orang muda-muda tak sepatutnya campur tangan dalam masalah orang tua. Itu adab dan adat kita, orang Melayu.
Miss K: Artis wanita popular 90an, masih bergelar isteri tetapi suka ‘flirt’ dengan jantan lain sambil jaja cinta palsu!
*Jika ada sebarang gossip atau cerita yang ingin disampaikan kepada Miss K, e-mel Miss K di [email protected] ya!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live