,
Gegar Vaganza 9

"Anak-Anak Dah Panggil Dia Bapak" - Tom GV9

Amri Hassan
08/12/2022
09:55 MYT
Bintang Gegar Vaganza 9 (GV9), Tom mengakui kedua-dua anak lelakinya, Putera Adler Iesta dan Putera Evans Ezra senang dengan kehadiran Fuad Rahman.
BACA: Akui Bercinta, Fuad Rahman Rancang Nikahi Tom GV9! - "Saya Lamar Dia Jadi Kekasih 2 Minggu Lepas"
BACA: Pernah Bercinta Tahun 2005, Tom Terbuka Hati Terima Fuad Rahman - "Dia Nak Tebus Balik Silap ..."
Dedah Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, kedua-dua anaknya itu memanggil Fuad dengan panggilan 'bapak' dan menyayanginya seperti bapa kandung.
"Anak-anak saya sayang dia. Sayang sangat! Iyalah, Fuad ni cucu pun dia dah ada jadi dia pandai ambil hati budak-budak.
"Kalau saya tak kenal dia, saya takkan terus sayang dia. Disebabkan saya mengenalinya juga, saya berani untuk kenalkan kepada anak-anak.
"Lucunya anak-anak saya panggil dia 'bapak'! Memang old school. Kalau awal-awal dulu mereka panggil uncle," katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Tom bakal bertemu dengan keluarga Fuad di Singapura pada minggu hadapan bagi mengeratkan hubungan yang sedia terjalin.
"Keluarga kami pun sebenarnya kenal satu sama lain. Dulu kami sama-sama penyanyi kelab dan pernah bersama-sama (bercinta) sebelum ini.
"Cuma hubungan kami ketika itu on-off. Ada banyak kejadian yang menyebabkan kami akhirnya terputus hubungan.
"Apa yang boleh saya kongsikan, dia (Fuad) pun dah berjumpa dengan keluarga saya, baru saja semalam dan minggu depan saya pun akan ke Singapura untuk berjumpa keluarga Fuad," tambahnya.
Dalam pada itu Tom menegaskan dia bukan menjadi punca kepada keretakan rumah tangga Fuad dan bekas isterinya sebelum ini. Komen Tom ringkas; "Bukan puncanya dari saya, mereka sudah ada masalah sendiri."
Tom pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan dikurniakan tiga cahaya mata.
Manakala, Fuad pernah dua kali mendirikan rumah tangga dan dikurniakan dua cahaya mata.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang Berkumandang Di Sepanyol! Vocal Pizzest Menang Dua Emas Di The World Choral Cup

gempak
21/11/2024
15:43 MYT
18 pelajar Malaysia dari Vocal Pizzest gabungan Sekolah Internasional Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras telah merangkul dua Anugerah "EMAS" dalam pertandingan koir sedunia “ SING FOR GOLD” yang berlangsung di Calella & Barcelona, Sepanyol.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Hiburan

Pernah Dituduh Penyondol, Nissa Sabyan & Ayus Nikah Julai Lalu

gempak
21/11/2024
11:55 MYT
Kisah asmara terlarang di antara anggota kumpulan Sabyan iaitu Nissa dan Ayus dilaporkan berhujung dengan perkahwinan.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar