Hiburan

Anak-Anak & Isteri Penguat Semangat Kieran Lawan Kanser Prostat - "Terlalu Lama Kenang Nasib Semua Benda Tak Jadi"

gempak
Ernalisa
27/11/2024
04:25 MYT
Sponsor Banner
Anak-Anak & Isteri Penguat Semangat Kieran Lawan Kanser Prostat - "Terlalu Lama Kenang Nasib Semua Benda Tak Jadi"
Bekas penyampai radio Maskiran Jakiran atau Kieran memberitahu, anak-anak dan isteri merupakan penguat semangat untuknya melawan kanser prostat yang dihidapinya.

BERITA BERKAITAN:Hidap Kanser Prostat, Kieran Selesai Uruskan Wasiat - "Saya Cuma Fikir..."

BERITA BERKAITAN:Tular Video Jaga Ibu Sakit Di Hospital, Isha Norsham Sanggup Terbang Ke Terengganu Demi Adik Iman - “Akak Datang Pun Saya Dah Seronok”

Kieran berkata, dia tidak boleh terus meratap nasib dengan ujian yang diterima sebaliknya berusia untuk bangkit tatkala menatap wajah-wajah kesayangannya itu.

"Setiap kali saya lihat muka anak-anak yang masih kecil dan wajah isteri, saya cakap dalam diri 'aku kena kuat demi mereka' sejak itulah saya fikir, saya tidak boleh bersedih terlalu lama.

"Jadi anak-anak dan isterilah sebenarnya buatkan kehidupan harian saya semakin kuat. Saya kuat kerana mereka.
"Sampai satu tahap saya cakap 'apa nak jadi dengan anak-anak aku, kalau aku langsung tiada semangat'. Bermula di situlah hari demi hari saya kuatkan semangat. Alhamdulillah saya semakin sembuh," katanya.
Kata Kieran juga, dia faham anak-anak termasuk isteri masih memerlukan perhatian dan kasih sayang dari seorang ayah dan suami.
"Saya fikir kalau terlalu lama saya nak kenang nasib saya, semua benda tak jadi. Sedangkan anak-anak dan isteri terpaksa berperang sendirian.

"Fikir-fikir balik jika kita terus bersedih, lebih banyak perkara buruk daripada yang baik," ringkasnya.

Terdahulu, Kieran dimasukkan di Hospital Kuala Lumpur awal Oktober lalu selepas disahkan menghidap kanser prostat yang mula merebak ke bahagian perut dan paru.
Dia perlu menjalani kemoterapi sebanyak empat pusingan dan kini sudah selesai melakukan dua pusingan rawatan itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024