Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Anak-Anak Kota Take Note! Tol Percuma, Siap Ada Diskaun Untuk Balik Kampung Sempena Aidilfitri

Mya Amri
25/04/2022 22:03 MYT
Berita baik buat anak-anak kota yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut perayaan Aidilfitri bersama keluarga.

Kalau ada yang tidak tahu, sebenarnya kerajaan telah bersetuju untuk memberikan tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia yang akan pulang beraya bermula hujung bulan ini.

Pemberian tol percuma itu melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan Lebuhraya Utara - Selatan.

Berit aitu juga turut diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan kepada media pada Isnin.

Tawaran tol percuma itu akan bermula pada jam 12 tengah malam 30 April (Sabtu) sehingga 11.59 malam 1 Mei (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.

Selain itu, pemberian tol percuma di Lebuhraya Utara - Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) juga turut diberikan.

Sementara itu, tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan.

Berikut merupakan senarai lebuh raya yang menawarkan tol percuma:

1. Lebuhraya Utara Selatan (Plus)

2. Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah

(ELITE)

3. Lebuhraya Seremban - Port Dickson (SPDH)

4. Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)

5. Laluan Kedua Malaysia Singapura (LINKEDUA)

6. Jambatan Pulau Pinang (JPP)

7. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1

8. Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 2

9. Lebuhraya KL - Karak (KLK)

Senarai lebuh raya yang menawarkan diskaun 50 peratus:

1. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)

2. Lebuhraya Damansara - Puchong (LDP)

3. Lebuhraya Cheras – Kajang (GRANDSAGA)

4. Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA)

5. Lebuhraya Baru Pantai (NPE)

6. Lebuhraya Bertingkat Ampang - KL (AKLEH)

7. Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)

8. Lebuhraya Duta - Ulu Kelang (DUKE)

Kredit foto: Berita Harian / The Star

#Diskaun #Tol #Balik kampung #Raya 2022 #Tol Diskaun #Tol Free