Anak-Anak Munif Hijjaz Teruskan Legasi Nasyid, Lancar Lagu Sulung Perjalanan
Amri Hassan
21/10/2024 11:46 MYT
21/10/2024 11:46 MYT
Setelah berkecimpung dalam industri nasyid selama lebih tiga dekad, kini Munif Hijjaz membuka dan merintis jalan kepada anak-anaknya untuk meneruskan kesinambungan dalam memperjuangkan lagu-lagu dakwah ketuhanan agar terus segar seiring dengan peredaran zaman.
Putra Aiman, 24, dan Haikal Iman, 22, merupakan anak pertama dan kedua pasangan Munif Hijjaz dan isterinya sememangnya tidak asing dengan lagu-lagu dakwah.
Di samping menyaksikan bapa mereka yang tidak pernah jemu dan penat dalam mencipta serta mendendangkan lagu-lagu nasyid sejak kecil, bakat yang dimiliki bapa mereka juga turut mengalir dalam jiwa mereka.
Justeru tidak hairanlah jika kedua-dua anak muda ini sering diletakkan sebagai penyanyi utama dalam persembahan-persembahan nasyid yang disertai sejak di bangku sekolah sehinggalah kini di menara gading.
Putra Aiman yang merupakan bekas penuntut di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dalam jurusan Perniagaan Digital enggan bakat yang ada itu disia-siakan.
Begitu juga dengan adiknya Haikal Iman yang baru selesai menamatkan pengajian di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dalam jurusan Pentadbiran Diplomatik ingin meneruskan legasi perjuangan yang dirintis oleh bapa mereka, walau sibuk dengan pelbagai komitmen pelajaran dan sebagainya.
Untuk rekod, Haikal Iman sendiri pernah menerbitkan single zikir di bawah kendalian Munif Hijjaz Pro pada tahun 2014. Cuma Putra Aiman belum pernah merakamkan suaranya di mana-mana platfrom walaupun beliau juga seorang yang berbakat besar dalam nasyid.
Justeru, atas galakan bapa mereka, single 'Perjalanan' gandingan kedua-dua putera kepada Munif Hijjaz diterbitkan sebagai pertaruhan mereka dalam usaha meneruskan legasi nasyid dalam rentak dan irama yang kontemporari, seiring dengan peredaran zaman.
Lagu ciptaan Munif Hijjaz dan lirik oleh Fedtry Yahya ini menceritakan tentang impian seorang anak muda untuk menggapai kejayaan walau terpaksa menempuh pelbagai ujian dan cabaran.
Single Perjalanan akan dapat ditonton di saluran Youtube Munif Hijjaz Channel dan di semua platform muzik digital seperti Joox, Spotify dan Apple Music.