Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Anak-Anak Saya Cakap Saya Gila Sebab..." - Sharifah Zarina

Asraf Aided 16/07/2019 | 04:32 MYT
Penyanyi Sharifah Zarina mengatakan tidak pernah mengabaikan penjagaan suara walaupun sudah lama berdiam dari industri beberapa tahun kebelakangan ini.
Menurut Zarina, walaupun dia pernah hampir putus asa untuk menyanyi, namun dia tetap menjaga suara dan berlatih gaya persembahan di rumah.
"Ya, saya akui memang pernah hampir berputus asa untuk kembali menyanyi, tetapi sepanjang tempoh saya hilang dari industri, saya tidak berdiam diri begitu sahaja.
"Saya tetap komited dengan penjagaan suara dan berlatih gaya persembahan di rumah sehingga anak-anak saya cakap saya gila sebab selalu berlatih di depan cermin," selorohnya kepada Gempak baru-baru ini.
Dalam pada itu, Zarina menambah, dia tidak akan mensia-siakan kemunculan semulanya dalam industri kali ini.
"Sudah lama saya mendiamkan diri, kini saya kembali dan tak akan sia-siakan peluang yang ada.
"Insya-Allah saya akan terus berusaha dan terus menghasilkan lagu selepas ini," tambahnya.
Zarina kini tampil dengan single terbaru yang berjudul Pernah Bahagia.
Single yang ditulis oleh Fedtri Yahya dan digubah oleh Sharon Paul ini telah dilancarkan di semua platform digital mulai 1 Februari lalu diikuti muzik video rasminya yang telah ditayangkan di YouTube.
#Penyanyi #Sharifah Zarina #Penyanyi #Pernah Bahagia
;