Gelagat dua anak bujang pelakon Rita Rudaini mendapat perhatian ramai apabila mereka tidak membenarkan ibunya berkahwin lain.
Perkara itu dikongsikan Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna menerusi siaran langsung TikTok pelakon berkenaan baru-baru ini.
Bagaimanapun, pelakon yang popular menerusi lakonan Mami Jarum turut menyatakan dia juga tidak akan berkahwin lain dan mahu hidup bersama anak-anaknya.
"Haaa.. dengar tu korang. Mummy tak kan kahwinlah. Sebab mummy nak duduk dengan abang dan adik," ujar pelakon jelita itu.
Namun, netizen tersentuh hati dipenghujung video apabila
ketiga-tiga beranak itu saling berpelukan.
Sekadar info, Rita dan Aidil yang juga bintang bola sepak kebangsaan pernah berkahwin pada 2008.
Namun pasangan itu bercerai talak satu pada September 2013.
Mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.