Anang, Ashanty Sambut Hari Lahir Arsy Bersama Anak Yatim

Syafiqah Jalal
Disember 15, 2016 10:50 MYT
Anang, Ashanty Sambut Hari Lahir Arsy Bersama Anak Yatim
Pasangan selebriti Indonesia, Anang Hermansyah dan Ashanty menyambut ulang tahun kelahiran kedua anak sulung mereka, Asry bersama anak-anak yatim salah sebuah rumah kebajikan di sana.
Majlis tersebut semalam (Rabu), diadakan dalam suasana yang agak meriah dengan warna tema merah jambu dan jingga serta watak kartun animasi.
Anang dan Ashanty turut memberi hadiah berupa keperluan sekolah kepada anak-anak yatim tersebut.
Lebih meriah lagi, majlis ulangtahun Asry turut dihadiri teman-teman artis yang merupakan kenalan ibu dan bapanya.
Berikut merupakan foto-foto yang dikongsi Anang menerusi akaun Instagram miliknya:
Teks oleh Syafiqah Jalal
#Anang Hermansyah #Arsy #Ashanty #Hari Lahir