Penyanyi Indonesia, Ashanty menafikan dakwaan mengatakan suaminya, Anang Hermansyah dimasukkan ke hospital gara-gara positif COVID-19.

Menurut bintang dari seberang itu, Anang sebenarnya menjalani pembedahan penyakit batu karang di sebuah pusat perubatan di Jakarta.

"Terima kasih untuk doanya, Anang bukan menghidap COVID-19 tetapi ada masalah batu karang," katanya.

Terdahulu, Anang pernah memperlihatkan dirinya yang akan menjalani pembedahan di hospital menerusi Instagram.

Dalam perkongsian itu, Anang meminta Ashanty untuk mendoakan kesihatannya.

Selain Anang, anak tiri Ashanty, Azriel juga dimasukkan ke hospital namun bukan juga disebabkan jangkitan COVID-19.

Difahamkan, Azriel hanya mengalami demam biasa, justeru Ashanty mahu menjadi lebih kuat berhadapan situasi itu.

"Anak dan suami saya sakit, saya harus kuat," luahnya.


Sumber: detikhot (detik.com)