“Ancam Kesihatan Awam & Annoying”- Anti Vaksin Dah Tak Kebal, KKM Buat Laporan Polis!

Hanafis Haris
Oktober 15, 2021 06:00 MYT

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mendedahkan bahawa pihak kementerian telah pun membuat laporan polis mengenai kumpulan anti-vaksin.

Perkara itu diumumkan Khairy menerusi satu ciapan di Twitternya.

Jelasnya, susulan daripada laporan itu, dia berharap supaya siasatan dan pendawaan dapat disegerakan.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan anti-vaksin.

“Kami harap tindakan susulan (siasatan, pendakwaan, dan lain-lain) dapat disegerakan.

“Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan annoying,” tegasnya.

Untuk makluman, kenyataan dibuat Khairy atau lebih mesra disapa KJ itu adalah sebagai menjawab pertanyaan seorang individu yang mendakwa golongan anti-vaksin sangat kebal daripada tindakan undang-undang.

“Saya je ke yang rasa kumpulan anti vaksin ni kebal sekebal-kebalnya?.

“Even ahli politik turun naik Mahkamah, tapi anti-vaksin ni lebih hebat lagi.

“Petik nama Menteri sesuka hati, tabur fitnah sana sini. Tiada tindakan, sampai bila?,” katanya.

Anda boleh lihat ciapan tersebut di bawah.

Pihak @KKMPutrajaya telah membuat beberapa laporan polis terhadap kumpulan anti-vaksin. Kami harap tindakan susulan (sisatan, pendakwaan, dll) dapat disegerakan. Kumpulan ini terus menyebarkan berita palsu, mengancam kesihatan awam dan annoying. https://t.co/rdAKlUNEFZ

— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) October 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Viral #KJ #Vaksin