Pelakon Nadiyah Shahab akui mempunyai cara tersendiri untuk menangani komen-komen negatif yang dilemparkan netizen.

Nadiya membuat kenyataan tersebut menerusi akaun Instagramnya di ruangan Insta Story semalam.

Menurut Nadiyah, dia tidak teragak-agak untuk menyekat mereka yang mempunyai aura negatif dan tidak menghormati kehidupan peribadi orang lain.

"Seseorang pernah bertanya kepada saya bagaimana saya menangani ‘haters’ atas talian. Saya tidak pernah teragak-agak untuk menghalang sesiapa yang meninggalkan komen negatif di IG saya.

“Saya juga telah menyekat orang yang menyukai komen-komen negatif berkenaan. Saya juga mempunyai senarai panjang untuk mereka yang disekat. Mengapa?

"Kerana kesejahteraan mental saya lebih penting. Kerana anda bukanlah siapa-siapa dalam hidup saya untuk mempengaruhi ketenangan fikiran dan juga kehidupan saya.

“Siapa anda untuk melakukan provokasi atas rasa tidak puas hati/cemburu/benci/keimanan diri kepada saya, seseorang yang anda tidak kenal secara peribadi, meletakkan saya dalam suasana yang teruk atau boleh menyebabkan kemurungan.

"Saya ulangi – anda bukanlah siapa-siapa untuk saya dan anda tidak akan mempunyai sedikit ruang pun dalam fikiran saya. Tidak sesaat pun.

“Jadi saya akan biarkan anda menangani sendiri itu sendiri sementara saya meneruskan kehidupan dengan orang-orang yang mengagumkan disekeliling saya,” tulisnya.


Terdahulu, Nadiyah yang sememangnya dikenali sebagai ‘Barbie Doll’ kerana kecantikannya ini merupakan isteri kepada aktor Ben Ali dan mereka mendirikan rumah tangga pada 10 November tahun lalu.