Pasangan kekasih pelakon Syifa Melvin dan pemain bola sepak Safawi Rasid benar-benar sedang dilanda ribut ketika ini.

Pelbagai cerita keluar dan penyokong masing-masing saling menyalahkan walhal mereka tidak tahu cerita sepenuhnya.

Namun di ruangan Instagram Stories milik Syifa Melvin, dia merayu kepada semua supaya tidak menyalahkan Safawi.

"Berhenti panggil Safawi 'bodoh'. Anda tak tahu cerita sepenuhnya! Dia bukan saja-saja cakap macam tu.

"Salah dia cakap macam tu, tapi dia ada sebab cakap macam tu. Lagipun itu perbualan lama! Dia muda lagi dan semua orang buat salah.

Kata Syifa, dia mengenali hati Safawi yang sangat baik tetapi atas tuntutan lain, dia terpaksa membuat kenyataan tersebut.



"Anda free nak maki saya, tapi bukan Safawi. Yang cari pasal tu cari pasal dengan aku, so aku hadap je sebab dah lama sangat tak puas hati nampak gayanya. Aku back up dia sebab aku tahu hati budi dia macam mana.

"Berhentilah post tentang iPhone Pro Max, LV dan sebagainya kerana itu pemberian dan hadiah hari jadi. Dia beri dengan minta boleh dibezakan," tulis Syifa lagi di IG Stories.



Syifa juga memohon agar dapat memberikan sokongan moral kepada Safawi untuk dia memperbaiki prestasinya dan bukan dengan cara menjatuhkannya, terutama hari ini adalah ulang tahun kelahiran Safawi.

"Kami sentiasa memberikan motivasi kepada masing-masing walaupun kami dihadapkan dengan ujian besar bulan lalu tapi kami berjaya melaluinya, sebab Allah bersama dengan orang teraniaya dan sabar.

"Saya merayu untuk hentikan salah faham ini dan bawa kembali Safawi ke landasannya. Tanggungan dia besar di kampung, tolong jangan lakukan perkara ini padanya," rayu Syifa.



Tambah Syifa lagi Safawi ada tanggungjawab besar untuk keluarga dan memohon supaya tidak menjatuhkannya dengan perkara peribadi seperti ini.

Baca: "Beri Tekanan Setiap Hari Suruh 'Boyfriend' Kahwin.." - TMJ Dedah Ada Pemain JDT Dipaksa Kahwin Oleh Teman Wanita

Baca: “Dia Tak Perform Atas Padang Tak Kena Mengena Dengan Personal” – Syifa Melvin

Baca: "Saya Minta Maaf!" - Safawi Rasid

Baca: “Come On Bro, Jangan Lemah Sebab Wanita” - Safawi Rasid Terima 5,000 Komen Positif

Baca: “Berapa Banyak Gaji Dia Pun Saya Tak Tahu" - Syifa Melvin Nafi Minta Duit Safawi Untuk Sara Hidup