Hiburan
"Anda Masih Belum Boleh Ziarah Pesakit Di Hospital" - Datuk Dr Noor Hisham Abdullah
Berat untuk dihadapi oleh sesetengah pihak, namun itulah yang terpaksa diterima ketika ini.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga kini masih belum membenarkan orang awam menziarahi pesakit di hospital.
Menerusi Astro Awani, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, KKM membuat keputusan itu kerana ada banyak jangkitan penyakit di hospital.
“Setakat ini kita masih memperketatkan lawatan untuk mereka yang ingin menziarah di hospital kerana kita dapati di hospital ada banyak jangkitan.
"Jadi mereka yang datang kita nasihatkan jangan bawa kanak-kanak.
“Mereka yang datang juga akan disaring di hospital untuk pastikan mereka tiada gejala.
"Buat masa ini kita masih belum buka kepada orang ramai tetapi hanya kepada mereka yang telah dikenal pasti, contohnya ada pesakit tenat.
“Itu baru kita benarkan,” katanya dalam sidang media harian perkembangan COVID-19 di sini pada Isnin," katanya.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video