Advertorial
Anda Pasti #SnekTanpaHenti Dengan Kacang Bersalut Kerispi Keluaran Adabi
Siapa yang tidak kenal dengan jenama Adabi? Adabi terkenal dengan produk keluaran yang berkualiti dan menitikberatkan rasa yang unggul. Setiap produk Adabi dijaga kualiti dan keenakan rasa. Terbaru, Adabi mengeluarkan snek yang cukup enak, snek kacang bersalut Kerispi.
Kacang tanah bersalut perisa sotong unik yang dibakar dan bukan digoreng, tinggi protein dan tiada lemak trans. Sumber serat makanan tanpa kolestrol, pastinya pilihan snek yang lebih bijak.
Kerispi dihasilkan daripada kacang tanah bersaiz kecil terpilih yang lebih rangup dan lebih berlemak. Pastinya yang terbaik untuk anda, kan? Jangan pandang kecil pada saiz, kerana walaupun saiz kacang Kerispi kecil daripada kebiasaan, tetapi sangat besar pada rasa!. Kerispi akan buat anda ketagih dan mahu menguyahnya tanpa henti.
Terdapat tiga perisa Kerispi yang lazat untuk anda pilih. Ada perisa Original, Classic Squid dan juga Chilli Squid. Keunikan perisa sotong digabung bersama kacang kecil lebih berlemak menyeimbangkan rasa yang cukup padu dan membuatkan anda tak henti-henti mengunyah! Kalau anda penggemar rasa yang pedas, cubalah perisa Chilli Squid.
Kacang bersalut Kerispi boleh dinikmati di mana-mana jua, dan pada bila-bila masa sepanjang hari, tidak kiralah ketika anda menonton TV, untuk minum petang, menonton wayang atau sekadar minum teh tarik bersama keluarga tersayang. Satu kepuasan yang tidak terhingga bila anda ber’kerispi’ tanpa henti.
Dapatkan pelbagai snek Adabi di kedai berhampiran atau anda boleh juga membelinya secara online melalui www.adabi.emall.com atau dapatkan di Shopee / Lazada Adabi. Adabi, keluaran Bumiputera turun temurun, pasti berkualiti dan tidak pernah menghampakan.
Pastinya Adabi akan terus menambah rangkaian snek Adabi untuk anda yang mahukan snek yang lazat, halal dan bekualiti melalui penyelidikan dan pembangunan yang bermutu tinggi bagi menghasilkan snek terunggul untuk pencinta snek.
Must-Watch Video