Hiburan

Anda Rasa Anda Dijangkiti COVID-19? Ikut Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil

gempak
Zulaikha Yusof
17/03/2020
09:14 MYT
Sponsor Banner
Anda Rasa Anda Dijangkiti COVID-19? Ikut Langkah-Langkah Yang Perlu Diambil
Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020 di seluruh negara.
Ini merupakan cara mencegah penularan baharu wabak COVID-19 yang sudah memasuki gelombang kedua.
Bagi yang mempunyai simptom COVID-19, beri kerjasama kepada pihak yang terbabit untuk dikawal.
Di sini Gempak senaraikan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya anda dijangkiti COVID-19 :
1. Pastikan pakai topeng muka dan bawa 'sanitizer' sebelum keluar rumah. Wajib!
2. Sekiranya mempunyai gejala demam, batuk, sesak nafas, sakit badan, tekak dan kepala, segeralah berjumpa dengan doktor untuk dapatkan pengesahan.
3. Berikut adalah senarai hospital kerajaan di Selangor yang menawarkan saringan COVID-19,
- Hospital Sungai Buloh
- Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang
- Hospital Ampang
- Hospital Selayang
- Hospital Serdang
- Hospital Shah Alam
- Hospital Kajang
- Hospital Banting
4. Patuhi segala arahan dan beri kerjasama sepenuhnya dengan pihak hospital. Jangan melarikan diri kerana akan menyusahkan ramai pihak.
5. Sekiranya anda seorang pekerja, maklumkan kepada majikan tanpa tangguh.
Anda perlu tahu sekiranya majikan gagal mematuhi garis panduan dalam pengendalian isu berhubung penularan COVID-19 di tempat kerja, khususnya membabitkan perintah kuarantin, cuti sakit dan pemberhentian kerja boleh dikenakan hukuman mengikut Akta Kerja 1955.
6. Maklumkan kepada ahli keluarga terdekat untuk membuat saringan kesihatan bagi mengelak jangkitan COVID-19 dan kuarantin diri selama 14 hari.
7. Berdoa kepada Allah SWT.
Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan kesabaran dan (menunaikan) solat."(Surah Al-Baqarah: 153) Allah SWT menjelaskan bahawa cara yang terbaik untuk meminta pertolongan Allah dalam menghadapi pelbagai musibah (di antaranya kesulitan dalam hidup dan wabak penyakit serta apa jua bencana) adalah dengan bersabar dan solat.
Berdasarkan perkongsian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman Instagram, setakat jam 11 malam (16 Mac) angka kes COVID-19 kini mencecah 553 di Malaysia tanpa sebarang rekod kematian.
Daripada jumlah tersebut, seramai 511 orang sedang dirawat di hospital, manakala 42 orang telah pun pulih.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Foto: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live