Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Anda Sangat Bertuah Jika Anda Pengguna Celcom, Digi & Maxis! Ini Tawaran Istimewa Untuk Anda!

Kamaruddin Razal
22/11/2019 08:27 MYT
Dengan kejayaan 2 sesi pre-order HUAWEI sebelum ini, Celcom, Digi dan Maxis akan memberikan tawaran yang hebat kepada setiap pembelian fon siri HUAWEI Mate 30.

Jika anda mengambil kontrak Digi, anda akan mendapat hadiah bernilai RM289 yang mengandungi SuperCharge Wireless Car Charger dan PU Casing.

Celcom pula menawarkan program ‘buy 1 free 1’ di mana anda akan mendapat sebuah HUAWEI P30 secara percuma jika anda membeli fon Mate 30.

Maxis juga menawarkan program ‘buy 1 free 1’ tetapi anda akan mendapat Mate 30 dengan pembelian Mate 30 dan jika anda membeli Mate 30 Pro, anda akan mendapat 1 lagi Mate 30 Pro secara percuma!

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh melayari laman web Maxis, Celcom, dan Digi.



Syarikat telco yang disebutkan di atas menawarkan promosi sehebat ni disebabkan beberapa sebab ini:

1) Fungsi AI Mate 30 Pro

Kamera 40MP Supersensing Cine


Kamera 40MP yang boleh di dapati di fon siri HUAWEI Mate 30 ini dapat mengambil video ultra slow-mo dan low-light video. Kamera ni dapat menyokong video 4K 60fps dengan ISO 51200, 4K HDR+ Cinematic Time-lapse, video bokeh, dan fungsi super-slow mo yang terbaru sehingga 7680 fps.



Ia adalah kamera yang mempunyai kadar frame yang paling tinggi di dunia. Selain itu, ia dapat mengambil video 720p pada 7680 fps, 1080p pada 960 fps, dan kualiti 4k pada 60 fps. Kamera ini juga menyokong Ultra Stable Recording dan Ultra Low-light Ultra Wide Time-lapse.

AI Gesture Control



Siri Mate 30 HUAWEI juga mempunyai Kamera 3D Depth Sensing dan Gesture Sensor yang dapat mengenal pasti ciri muka anda dan mengesan pergerakan tangan anda. Dengan fungsi ini, ia dapat mengambil informasi secara real-time di mana anda boleh membuat pergerakan tanpa menyentuh skrin fon untuk memberi perintah kepada fon anda seperti unlock, slide-changing, dan screenshot.

Pada tepi fon HUAWEI Mate 30, ia tidak mempunyai butang fizikal tetapi anda boleh mengawal fungsi seperti menukarkan volume fon, mengambil selfie, dan bermain game popular seperti PUBG dengan mudah.



AI Auto Rotate



HUAWEI Mate 30 Pro juga mempunyai fungsi AI Auto Rotate yang dapat mengenal pasti orientasi mata anda untuk mengunci putaran skrin walaupun di permukaan yang rata. Ini dijayakan dengan fungsi AI yang tidak dapat disalin oleh pesaign kerana kebanyakan fon menggunakan giroskop untuk orientasi skrin.



Multi-screen collaboration



Dengan sistem EMUI10 HUAWEI terbaru, anda boleh menyambung HUAWEI Mate 30 Pro anda kepada MateBook 13 dengan mudah. Lagu yang sedang dimain di fon ataupun file yang sedang dikemaskan di fon dapat diteruskan di komputer riba tersebut. Skrin Mate 30 Pro anda akan muncul di tepi skrin MateBook 13 untuk pengendalian fail dengan mudah.

Cas 27W Tanpa Wayar Pertama Di Dunia

Seperti siri Mate sebelum ni, Mate 30 juga mempunyai saiz bateri yang besar sehingga 4500mAh. Dengan penambah baikkan cip dan pengurusan kuasa, anda boleh menggunakan HUAWEI Mate 30 dengan lebih lama. Selain itu, cas tanpa wayar siri Mate sudah bertambah baik sehingga kelajuan 27W.



2) Hadiah percuma yang menarik

Terdapat banyak penyokong HUAWEI yang membeli siri Mate 30 pada sesi pertama pra-tempahan teleah mendapatkan fon tersebut pada harga yang munasabah dan hadiah-hadiah secara percuma yang mengandungi OSMO Mobile 3, SuperCharge Wireless Car Charger, dan PU Casing. Sekarang, dengan setiap pembelian siri Mate 30, anda akan mendapat Super Charge Wireless Car Charger dan servis HUAWEI care yang mengandungi 1-tahun waranti lanjutan dan 1-bulan pelindungan terhadap retakan skrin.



3) Penambah baikkan HUAWEI AppGallery

Kebanyakan orang risau tentang isu sistem terutamanya sistem Google. Walaupun siri Mate 30 menggunakan Huawei Mobile Service (HMS) dan tidak dapat memasang sistem Google, tetapi terdapat banyak video viral yang mengajarkan cara untuk menyelesaikan masalah ni. Sementara itu, HUAWEI teleh menambah baikkan HUAWEI AppGallery.



Jumlah aktiviti harian telah meningkat kepada 1.5 juta di HUAWEI AppGallery, dan 27 aplikasi yang kerap digunakan oleh pengguna telah dilancarkan secara rasmi dalam satu bulan. Aplikasi ini merangkupi semua aspek dalam kehidupan seperti makanan, pakaian, perumahan dan lain-lain. Dari bulan September hingga Oktober 2019, terdapat 200,000 pengguna telah berdaftar melalui HUAWEI AppGallery. Selain itu, HUAWEI AppGallery telah dimuat turun oleh sebanyak 100 juta pengguna di Malaysia dari bulan Januari hingga Oktober 2019 di Malaysia.

4) 50GB penyimpanan Cloud untuk pengguna HUAWEI Mate 30



Baru-baru ni, HUAWEI telah melancarkan 50GB penyimpanan Cloud. Untuk pengguna HUAWEI Mate 30, anda boleh menggunakan servis ni secara percuma selama 3 bulan.

5) Perkhidmatan selepas jualan HUAWEI

Tahun ni, HUAWEI telah melancarkan perkhimatan selepas jualan yang membolehkan pengguna menghubungi HUAWEI melalui WhatsApp dan hotline rasmi. Selain itu, HUAWEI juga menawarkan 1-tahun waranti lanjutan dan 1-bulan pelindungan terhadap retakan skrin untuk pembeli baru siri HUAWEI Mate 30 yang menunjukkan keikhlasan HUAWEI terhadap penggunanya.

6) Roadshow di seluruh Malaysia sehingga 1 Jan 2020

Roadshow HUAWEI Mate 30 | 30 Pro teleh bermula sekarang sehingga 1 Jan 2020. Rakyat Malaysia dapat mengalami pengalaman yang unik dari HUAWEI di HUAWEI Experience Store di Pavilion Elite. Roadshow ni bertujuan mengajar anda cara-cara untuk mengunakan siri Mate 30 kepada tahap maksimanya yang juga dikenali sebagai Smartphone Terbaik untuk Videography.

Selain itu, kepada 100 pembeli HUAWEI Mate 30 Pro yang pertama, anda akan mendapat HUAWEI Freelace bernilai RM369 dan hadiah percuma lain seperti HUAWEI SuperCharge Wireless Car Charger dan HUAWEI Care bernilai RM537. Akhir sekali, setiap pembelian HUAWEI Mate 30 juga akan mendapat 2x peluang untuk cabutan bertuah untuk memenangi lebih banyak hadiah daripada HUAWEI (Tertakluk kepada Terma dan Syarat)
#HUAWEI Mate 30