Kolaborasi terbaru di antara Warner Music Malaysia dan World Peace Entertainment telah menghasilkan Hello nyanyian Andi Bernadee bersama Ismail Izzani.

Hello merupakan kolaborasi buat pertama kali di antara Andi Bernadee bersama Ismail Izzani dan ia merupakan lagu yang mempunyai mesej yang tersendiri.

Hello juga boleh di intrepretasi mengikut kefahaman pendengar dan juga peminat.

Apa yang menariknya, untuk pertama kali di dalam industri muzik, dua video muzik telah dihasilkan untuk single Hello ini untuk dua saluran Youtube yang berbeza, iaitu Warner Music Malaysia dan World Peace Entertainment.

Vidoe muzik Hello mengisahkan tentang kes pembunuhan yang dilakukan oleh pembunuh bersiri.

Dua muzik video ini sebenarnya mewakili dua perspektif yang berbeza dan kedua-dua muzik video ini mengandungi petunjuk-petunjuk untuk penonton mencari jawapan kepada kes pembunuhan tersebut.

Dalam video muzik ini tidak akan dinyatakan siapa pembunuh bersiri tersebut dan identiti pembunuhnya hanya akan dibongkarkan di platform media sosial selepas kedua-kedua muzik video mencecah satu juta tontonan.


Video muzik ini turut dijayakan oleh pelakon Jay Iswazir serta menampilkan Naim Daniel, Daniesh Suffian, Anna Jobling, Didi Astillah dan Fatin Afeqah sebagai cameo.


Istimewa untuk peminat-peminat Andi Bernadee dan Ismail Izzani, single Hello telah dilancarkan pada 15 November lepas dan boleh didapati di semua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, dan juga JOOX.

Video muzik Hello boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia dan World Peace Entertainment bermula 2 Disember.