Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Andi Bernadee Kena Santau? Pergi Berubat Jumpa Katak Kering, Paku Karat...

Fiza Kamarudin
17/02/2021 00:11 MYT
Penyanyi Andi Bernadee telah berkongsi rakaman video yang agak aneh dan mistik menerusi laman sosial Instagram (IG)nya, tengah malam tadi.

Hantaran tersebut telah menimbulkan tanda tanya di kalangan pengguna laman sosial penyanyi tersebut dan mengaitkannya dengan sihir.

Ada yang mendakwa penyanyi tersebut telah disantau berdasarkan beberapa barangan yang ditunjukkan menerusi video yang dimuat naik.

Barangan tersebut seperti katak kering dan beberapa batang paku karat dipercayai telah ditemui Andi ketika menjalankan rawatan alternatif.

“Alhamdulillah, terima kasih awak. Saya tak tak tahu apa salah saya pada awak. Apa pun ini ujian Allah,” tulis Andi pada ruangan kapsyen.

Sementara itu di ruangan komen warganet mula berspekulasi Andi jarang berkongsi content di IG kebelakangan ini berkait rapat dengan apa yang sedang menimpa dirinya kini.

Rata-rata menyatakan kebimbangan terhadap selebriti kesayangan mereka itu dan mendoakan agar Andi sentiasa dilindungi Allah SWT.

Dalam pada itu pengurus Andi, Nasir Deraman dilihat turut meninggalkan komen dan pesanan agar artis di bawah jagaannya itu tidak berhenti berdoa dan terus bersabar.

“Semoga kita semua dijauhi daripada perkara yang buruk. Bersabarlah dan terus berdoa,” tulisnya.

Hantaran Andi itu turut mendapat perhatian rakan-rakan artis seperti Ara Johari, Fadzil Zahari dan Zynakal yang masing-masing menitipkan kata-kata positif serta mendoakan yang terbaik buat sahabat mereka itu.

#Santau #“Andi #“Ilmu #Bernadee” #Hitam”