Hiburan
Andi Bernadee Nafi Dakwaan Buat Video Call Dengan 'Adik-Adik'
Penyanyi Andi Bernadee menafikan dia melakukan video call dengan seorang individu yang tidak dikenali.
Menurut Andi, 27, dia agak terkejut ketika diberitahu oleh pengurusnya mengenai gambar tersebut.
"Sebenarnya gambar video call itu disunting oleh individu itu menggunakan gambar-gambar saya di Instagram (IG).
"Saya agak terkejut ketika diberitahu dan melihat sendiri gambar itu kerana selalunya hanya melakukan video call bersama ibu.
"Apa yang pastinya individu itu adalah 'adik-adik'.
"Mungkin dia obses dengan saya tetapi obses yang mengaibkan diri ini tidak bagus untuk karier saya," katanya.
Andi ditemui di Showcase Alec Benjamin yang diadakan di Neo Tamarind, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Tambah penyanyi lagu Tiada Lagi Maaf ini, Andi mengakui dia diganggu oleh kaum sejenis di akaun media sosialnya.
"Saya rasa apabila bergelar 'public figure' ini merupakan perkara normal apabila diganggu oleh segelintir individu tersebut.
"Saya hanya akan membalas mesej-mesej yang menyokong diri ini dan karier saja," katanya kepada Gempak.