HIBURAN
Andika Putera Akui Pernah Berdepan Detik Mencabar Dalam Hidup - “Dia Tak Buat Salah, Tapi Kena Fitnah Besar”
Personaliti media sosial, Andika Putera berkongsi luahan menyentuh hati di akaun Instagram miliknya.
Ujian besar
Menurut Andika, dia telah berdepan dengan detik paling mencabar dalam hidupnya pada tahun lalu, dan bagaimana isterinya kini menjadi sumber kekuatan yang tidak ternilai dalam menghadapi ujian besar dalam hidupnya.Tambah Andika lagi, isterinya telah difitnah namun memilih untuk kekal tenang dan tidak memburukkan sesiapa.“Tahun lepas memang tahun paling berat dalam hidup kami. Di sebelah saya inilah perempuan yang Allah pilih untuk duduk sama-sama dalam ujian tu,” coretnya.
Fitnah besr, pertahan diri bila perlu
Malah dia hanya mempertahankan diri dengan penuh maruah serta menyerahkan selebihnya kepada ketentuan Ilahi.“Dia tak buat salah, tapi dia kena fitnah besar. Dia pertahankan diri bila perlu, tapi tanpa memburukkan sesiapa.
“Dia bukan saja jadi isteri yang kuat, tapi juga ibu yang terbaik untuk anak kami. Terima kasih sebab tetap berdiri sebelah saya, walau orang cuba jatuhkan kami. Semoga Allah jaga hati kami sampai ke syurga,” ulasnya.“Dia pilih untuk kekal tenang, menjaga maruah, dan selebihnya dia serahkan pada Allah. Saya tahu setiap kata yang dia telan, setiap rasa yang dia simpan, semuanya dia bawa dalam doa. “Alhamdulillah... tahun ini Allah ganti dengan rezeki yang banyak, jalan yang terbuka, dan hadiah yang kami tak sangka.
Sekadar info, sekitar Januari lalu Andika menamatkan zaman dudanya dengan mendirikan rumah tangga bersama Dr Amalina.
Sebelum ini, Andika pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial, Ananda Natasha namun mereka bercerai selepas empat tahun.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Alisha Puteri.
Must-Watch Video