Bulan lalu syarikat pengeluar telefon pintar, Huawei mengumumkan keputusan mereka untuk mengeluarkan sistem operasi (OS) sendiri dikenali sebagai Hong Meng atau Ark.

Difahamkan kadar kelajuan OS keluaran Huawei ini mampu mencapai sehingga 60 peratus berbanding Android.

Namun persoalannya mampukah Huawei bersaing dengan Android dan iOS?

Menurut perkongsian dikeluarkan Global Stats, Android dijangka akan terus menguasai perkongsian pasaran untuk tempoh sedekad akan datang memandangkan sistem operasi itu disifatkan sebagai ‘matang’ dan mempunyai jumlah pangkalan data pengguna yang begitu ramai.

Berdasarkan infografik dikeluar, Android menguasai telefon pintar dengan 75.27 peratus diikuti iOS sebanyak 22.74 peratus.

Turut kelihatan Kai OS, Windows Phone Os dan Samsung Os dengan kadar kurang daripada 1 peratus.



Bagi segmen sistem operasi komputer atau laptop pasaran dikuasai oleh Windows iaitu sebanyak 75.47 peratus.

Perkara ini diikuti Apple, MacOS menguasai 12.33 peratus manakala Linux (1.61 peratus), Chrome OS (1.17 peratus) dan sistem operasi tidak diketahui sebanyak 9.42 peratus.

Apapun melihat daripada komitmen dan kepakaran dimiliki syarikat dari China itu, Huawei berkemungkinan akan membuat kejutan buat pengguna setianya.