Andy Lau Jatuh Dalam Lubang Sewaktu Buat Persembahan
Maliah Surip
11/09/2024 08:50 MYT
11/09/2024 08:50 MYT
Penghibur terkenal Hong Kong, Andy Lau menimbulkan kebimbangan dalam kalangan peminat selepas melihat penyanyi tersebut jatuh di atas pentas.
Lau yang memakai baju hitam telah terjatuh sewaktu mendendangkan lagu popularnya, Men Crying Is Not a Crime.
Penyanyi kesayangan ramai itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius selepas berjaya memaut permukaan pentas.
“Melihat beliau terjatuh membuatkan hati saya sakit,” tulis seorang peminat lapor todayonline.com.
Malah ramai peminat mempertikaikan bagaimana lubang tersebut boleh berada di atas pentas kerana ia bukan sahaja membahayakan Lau tetapi juga penari yang terlibat dalam persembahan tersebut.
Ironi Lau sudah beberapa kali terselamat daripada insiden jatuh sewaktu membuat persembahan. Pada Julai lalu Lau hampir jatuh kerana tergelincir di atas pentas.
Sebelumnya beliau juga hampir terjatuh dari ketinggian empat meter dalam sebuah konsert.
BERITA TRENDING: Diam Diam, Andy Lau Sambut Tahun Baru Cina Di Malaysia, Lawat Tokong Di Kepong
Menerusi rakaman video yang tersebar di internet, Lau, 62, dilihat termasuk ke atas lubang berbentuk segi empat di atas pentas sewaktu membuat persembahan di Hong Kong, China.Lau yang memakai baju hitam telah terjatuh sewaktu mendendangkan lagu popularnya, Men Crying Is Not a Crime.