gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Permintaan Peminat Ditunaikan! Siti Nurhaliza Bawakan Lagu Rare di Konsert Violet Skies
HIBURAN
Didakwa Saling 'Unfollow' Di IG, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Masih Kunci Mulut
VIRAL
Kecoh Dalam Pesawat, Peminat Serbu Pelakon Terkenal Di Kabin “Business Class”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Andy Teh Besarkan 3 Anak Yatim Melayu

Umirah Halim
Umirah Halim
11/07/2025
12:25 MYT
Sponsor Banner
Andy Teh Besarkan 3 Anak Yatim Melayu
“Ya betul, saya ada jaga tiga anak lelaki sekarang. Mereka ini anak Melayu…”
Berikut merupakan pengakuan mengejutkan yang dilakukan oleh pelakon Andy Teh apabila ditanya mengenai kehidupannya yang terkini.
Ramai tidak menyangka figura berketurunan Cina itu tampil mendedahkan bahawa dia kini membesarkan tiga anak yatim berbangsa Melayu.
Menurut Andy, perkenalan bermula apabila salah seorang daripada mereka, Rafie, datang mencarinya untuk mendapatkan tempat tinggal.
Tersentuh dengan kisah hidup Rafie dan adik-adiknya, Andy mengambil keputusan untuk membesarkan mereka.
View this post on Instagram
A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)
“Pertama kali Rafie datang jumpa saya, dia hanya nak cari tempat tinggal. Kebetulan dia jumpa kedai saya.
“Lepas berbual, entah kenapa saya rasa nak jaga budak ini. Bila jumpa dia kali kedua di rumah anak yatim, barulah saya tahu kisah sebenar hidup dia. Tak ada siapa pun yang mahu melalui kehidupan macam tu,” katanya kepada Gempak.
Tambah Andy, keputusan untuk menjaga tiga anak lelaki itu bukan perkara mudah, apatah lagi dengan perbezaan budaya dan agama.
“Antara cabaran paling besar ialah soal agama. Mujur saya ada pekerja Melayu yang banyak bantu dari segi mengaji, solat… Saya pun belajar sekali bila dia ajar budak-budak tu,” jelas Andy lagi.
Namun, di sebalik kisah menyentuh hati itu, ada satu plot twist yang tidak disangka, semua ini sebenarnya adalah sebahagian daripada jalan cerita filem terbaharunya, Abah Saya Uncle Mike.
Dalam naskhah bergenre drama yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 28 Ogos ini, Andy memegang watak sebagai Uncle Mike, seorang lelaki berbangsa Cina yang secara tidak sengaja terlibat dalam kehidupan tiga beradik yatim piatu berbangsa Melayu iaitu Rafie, Rasyid dan Rahman.
Untuk info, filem ini diangkat daripada kisah benar Michael Tong Wai Siong, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike, seorang lelaki berbangsa Cina yang membesarkan tiga anak yatim piatu Melayu sejak kecil, lengkap dengan bimbingan rohani dan penghormatan kepada agama Islam.
Dedikasi dan kasih sayang tulus yang ditunjukkan Uncle Mike dalam membesarkan mereka telah menyentuh hati rakyat Malaysia dan mendapat pengiktirafan tertinggi apabila beliau menerima Anugerah Maulidur Rasul 2024 daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim atas jasa serta pengorbanannya.
Filem terbitan Astro Shaw dengan kerjasama strategik Etika Sdn. Bhd. itu mengetengahkan tema kekeluargaan dan semangat perpaduan, menjentik emosi penonton menerusi mesej bahawa kasih sayang sejati tidak mengenal warna kulit atau darah daging.
Menampilkan pelakon Andy Teh bersama gandingan muda berbakat besar seperti Idan Aedan, Nor Merah dan Umar Shakur, Abah Saya Uncle Mike turut menggunakan bahasa Melayu, Mandarin dan Kantonis bagi mencerminkan kepelbagaian latar masyarakat Malaysia.
Sinopsis Abah Saya Uncle Mike:
Rafei, anak sulung daripada tiga beradik yatim piatu, cuba melarikan diri dari rumah anak yatim yang penuh dengan penderaan bersama adik-adiknya demi mencari kehidupan yang lebih baik.
Namun, apabila mereka dipisahkan dengan kejam, Rafei diselamatkan buat sementara oleh seorang lelaki berbangsa Cina yang baik hati, Uncle Mike.
Dalam usahanya untuk menyatukan kembali keluarganya, ketiga-tiga beradik dan Uncle Mike akhirnya terpaksa berdepan dengan makna sebenar sebuah keluarga dan menyedari bahawa ‘Keluarga Bukan Sekadar Pertalian Darah’.
Topic Berkaitan
#Anak
#Teh
#Jaga
#Melayu
#Andy
#Yatim
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement