HIBURAN
Andy Teh Terkejut Disapa ‘Daddy’ Oleh Peminat Wanita - “Daddy Ni Lain Macam”
Pelakon, Andy Teh mengakui sedikit terkejut apabila menerima panggilan ‘daddy’ daripada peminat wanita ketika bersiaran langsung di media sosial baru-baru ini.
Meskipun pada awalnya berasa janggal, Andy atau nama sebenarnya Andy Teh Kim Huat, 39, memberitahu dia tidak melihat perkara itu sebagai sesuatu yang serius selagi ia tidak melampaui batas.
“Andy ingatkan, oh iyalah kan kita punya terms ada daddy, ada father, semua tu. Mula-mula ingat macam dia panggil abah ke, tapi bila saya fikir balik… eh, ini ‘daddy’ lain ni,” katanya kepada Gempak pada Sidang Media Kempen Hari Kebangsaan & Hari Malaysia #InilahKITA di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur.
Menurut Andy, insiden tersebut berlaku ketika dia sedang melakukan siaran langsung dan tiba-tiba ruangan komen dibanjiri panggilan ‘daddy’ daripada peminat yang majoritinya wanita.
“Seorang panggil ‘daddy’, terus semua ikut. ‘Hi daddy, daddy dah makan?’. Ramai betul! Saya pun jadi macam, okay… ini fenomena baru ke apa?,” ujarnya.
Bagaimanapun, Andy tidak melatah dengan gelaran tersebut, sebaliknya memilih untuk kekal positif dan profesional dalam melayan peminat.
“Saya bukan cakap okay atau tak, tapi kalau tak melampaui batas, saya okay je. Peminat ni macam-macam, tapi saya faham budaya media sosial sekarang,” katanya.
Dalam masa sama, pelakon drama First Wives itu turut mendedahkan ada yang berani meluahkan hasrat mahu menjadi anak angkat.
“Ada juga tanya, ‘Andy nak anak angkat perempuan ke?’. Banyak juga yang tanya macam tu. Tapi saya baca je, tak layan sangat. Andy ni jenis yang baca tapi takkan layan banyak,” ujarnya.
Menurutnya lagi, meskipun gelaran ‘daddy’ yang diterimanya mungkin kedengaran pelik, dia tetap menghargai sokongan peminat yang sentiasa mengikuti kandungan positif yang dikongsinya dalam setiap siaran langsung.
“Yang penting, bila saya live, saya selalu cuba sebarkan mesej-mesej positif. Saya kira setiap kali live tu, sebab saya harap mesej tu sampai kepada anak-anak muda.
“Yang ‘daddy-daddy’ tu… pandai-pandailah jaga batas. Jangan sampai jadi lain pula,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Andy bakal muncul dengan filem baharu berjudul Abah Saya Uncle Mike yang diinpirasikan daripada kisah benar.
Dalam naskhah bergenre drama yang akan menemui penonton di pawagam bermula 28 Ogos ini, Andy memegang watak sebagai Uncle Mike, seorang lelaki Cina yang secara tidak sengaja terlibat dalam kehidupan tiga beradik yatim piatu Melayu, iaitu Rafie, Rasyid dan Rahman.
Filem ini diangkat daripada kisah benar Michael Tong Wai Siong, atau lebih dikenali sebagai Uncle Mike, seorang lelaki yang membesarkan tiga anak Melayu yatim piatu sejak kecil, lengkap dengan kasih sayang dan bimbingan rohani termasuk penghormatan terhadap agama Islam.
Dedikasi Uncle Mike turut diiktiraf apabila beliau dianugerahkan Anugerah Maulidur Rasul 2024 oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, atas jasa dan pengorbanannya yang luar biasa.
Terbitan Astro Shaw bersama Etika Sdn. Bhd., Abah Saya Uncle Mike mengetengahkan tema kekeluargaan, perpaduan dan kasih sayang merentas bangsa. Ia dibintangi Andy Teh bersama pelakon muda berbakat seperti Idan Aedan, Nor Merah dan Umar Shakur, dan turut menggunakan tiga bahasa, Melayu, Mandarin dan Kantonis.
Sinopsis.
Rafei, anak sulung daripada tiga beradik yatim piatu, cuba melarikan diri dari rumah anak yatim yang kejam bersama adik-adiknya. Namun, mereka akhirnya terpisah. Dalam perjuangan menyatukan semula keluarga, mereka dipertemukan dengan Uncle Mike, lelaki Cina berhati emas yang mengubah takdir hidup mereka.
Filem ini menegaskan bahawa keluarga bukan sekadar pertalian darah, dan kasih sayang sejati tidak mengenal kaum mahupun agama.